Bumblebee Versi Mercedes-AMG G63. Comel Dan Elegan

Beberapa hari lepas, Mansory, iaitu syarikat modifikasi kereta mewah, telah menayangkan hasil terbaru bagi Mercedes-AMG G63 (Gronos) mereka yang didatangkan dalam warna kuning diraja. Sekilas pandang, kereta ini menjadi seperti Bumblebee versi SUV. Lagi menarik, bukan setakat luaran tapi hasil dalaman (interior) juga menggunakan warna yang sama, iaitu kuning dan hitam. Sampaikan dalam bahagian bonet juga berwarna kuning.

Walaupun spesifikasi enjin Mansory Gronos ialah enjin V8 4.0 liter twin-turbocharged yang mana ianya sama seperti Mercedes-AMG G63 yang lain, tapi ia mempunyai sehingga 850hp dan 1000NM tork tau. Jadi, SUV mewah ini mampu memecut sehingga 250km/j (top speed) dan juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 3.5 saat. Wow!

Lagi menarik, Mansory Gronos hanya dihasilkan dalam 10 unit. Kiranya ni memang betul-betul limited edition! Maka tidak hairanlah jika kita dapat lihat pada bahagian gear kereta juga mempunyai tulisan “Mansory Gronos Limited Edition”.

P/S: Warna kuning ni mengingatkan tentang satu produk terbaik untuk kereta anda. Apa lagi jika bukan X1R! Kalau nak tahu lebih lanjut boleh terus layari https://www.x1rasia.com sekarang!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *