3 Jenis Butang Kecemasan Yang Wajib Kita Tahu


Bagi semua pengguna jalanraya di luar sana, tidak kira anda memandu kereta, penumpang atau pembonceng motosikal, sila ambil perhatian. Ramai yang mungkin pernah melihat butang-butang ini namun tidak tahu fungsinya. Mana yang dah tahu, baguslah tapi jangan berlagak dan kata “Alah, itu pun tak tahu ke?”. Tapi bagi sesiapa yang tak tahu, sekurang-kurangnya info ini boleh tambah ilmu pengetahuan untuk anda.

1. Butang Kecemasan Pam Minyak.


Semasa sedang mengisi minyak, mungkin ramai yang perasan ada satu butang berwarna merah dengan tulisan ‘Emergency Stop’. Rupa-rupanya, butang itu sangat penting sekiranya anda berhadapan dengan masalah di mana pam buat hal atau tidak berhenti dengan sendiri semasa anda sedang pam minyak. Bayangkan minyak mencurah dengan laju tanpa henti, sudah tentu anda panik kan? Cara terbaik ialah tekan sahaja butang merah itu. Jadi anda tak perlu berlari-lari atau menjerit dalam keadaan panik meminta tolong pada pekerja stesen minyak.

2. Butang ‘Shift Lock’ Ketika Kecemasan


Bagi pemandu kereta (khususnya auto) anda mesti tak perasan tentang satu butang iaitu ‘Shift Lock’ yang berada dekat dengan gear kereta anda. Butang ni bukan saja-saja dibuat, tetapi ianya merupakan salah satu ciri keselamatan penting kepada pemandu. Ianya berfungsi untuk meriliskan transmisi kereta anda dari P ketika kereta dimatikan enjin. Contohnya bila anda berada dalam situasi perlu letak gear pada N, kereta kena tunda atau ‘double-park’. Bagaimana caranya?

  1. Parking kereta dalam keadaan tayar lurus jika nak ‘double-park’. Tapi jangan lupa letak batu depan tayar tu.
  2. Tarik brek tangan dan alih ke gear P macam biasa. Enjin dimatikan dan cabut kunci kereta.
  3. Tekan brek kaki sambil tekan butang ‘Shift Lock’. Kemudian alihkan gear dari P ke N sebelum menurunkan kembali brek tangan.
  4. Akhir sekali, lepaskan brek kaki.

Jadi, sekiranya anda double-park pun tak perlu risau sebab tayar kereta anda sudah tidak terkunci lagi dan memudahkan orang lain untuk alihkan atau tolak sedikit kereta anda. Kalau spesis tak tahu tu, dahlah double-park, lepas tu tak tukar gear dan tarik brek tangan. Kesian orang lain nak keluar parking pun tak lepas. Yang spesis ni biasanya akan dapat nota ‘cinta’.

3. Butang Kecemasan Di Tempat Parkir


Bukan lagi sesuatu yang baru diperkenalkan di Malaysia. Namun ramai yang masih kurang peka dengan butang kecemasan yang berada di tempat parkir ni. Sekiranya anda sedang berjalan keseorangan di tempat parkir dan terasa seperti diekori atau keselamatan anda terancam, sila segera cari butang kecemasan ni. Ia akan segera memberikan amaran kepada pegawai keselamatan terdekat dan mereka akan terus datang untuk memberikan bantuan. Butang ini sememangnya dicipta untuk membanteras jenayah dan melindungi pengguna di kawasan parkir, kerana terlalu banyak kejadian yang tidak diingini berlaku di kawasan ini. Biasalah, kawasan malap ni memang disukai penjenayah.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *