Volkswagen Passat R-Line 2022. 220 HP, 12 Speaker Harman Kardon. Rugi Kalau Tak Cuba!

Terima kasih kepada Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kerana memberikan pihak Automology peluang untuk pandu uji model terbaru 2022 Volkswagen Passat R-Line.
Kali pertama melihat Volkswagen Passat R-Line dengan warna Aquamarine Blue, hati sudah tertawan. Rekabentuk baharu ini memang sangat elegan, sporty dan kelihatan lebih mewah daripada model sebelumnya. Lihat sahaja pada logo Volkswagen baharu dan tornado line yang lebih menonjol, kereta ini memang akan ‘cairkan’ hati sesiapa sahaja yang memandangnya.
Bagaimana pula dengan bahagian interior kereta ni?

Ruang kabin memang sangat terbaik dan setiap perincian halus yang ditambah memang menambahkan lagi ‘seri’ kereta ini. Didatangkan juga dengan 30 ambient lights, bukan sahaja pada bahagian kabin depan, tetapi bahagian penumpang belakang pun ada. Sangat cantik! Antara ciri lain yang paling ketara dan disukai oleh kami ialah model ini turut menawarkan sistem audio premium Harman Kardon dengan 12 pembesar suara dan 700-watt amplifier. Memang gempak sangat sistem bunyi yang digunakan.
Bagaimana pula dengan enjin?
Dari segi enjin yang digunakan, model ini menggunakan 2.0-liter turbocharged dengan 4 silinder (2.0TSI) dengan DSG 6-kelajuan berbanding model sebelumnya yang menggunakan DSG 7-kelajuan (DSG – Direct Shift Gearbox). Selain itu, kereta ini juga mampu menghasilkan 220 kuasa kuda dengan 350 Nm tork berbanding model sebelumnya dengan 190 kuasa kuda dan 320 Nm tork. Enjin semakin power, patut la masa kami naik ke Genting Highlands pun, tidak terasa langsung kereta ‘berat’ atau membuang. Tambahan pula, Volkswagen Passat R-Line mempunyai DCC (Dynamic Chassis Control) dan Driving Mode Selection yang membolehkan pemandu memilih mode pemanduan mengikut kesesuaian. Boleh pilih daripada 5 mode pemanduan; Individual, Comfort, Normal, Eco atau Sport.
Antara perkara paling boleh dipuji tentang model terbaru ini adalah dari segi penggunaan minyaknya. Katanya, tangki minyak kereta ini ialah 66 liter dan ia mampu bergerak sehingga 900 kilometer dengan hanya satu tangki penuh! Bahkan, penggunaan minyak pula hanya 6.9 liter bagi setiap 100 kilometer! Penjimatan minyak memang terbukti kerana selepas kami naik turun Genting Hinglands dan sesekali menggunakan Sport mode, kami perhatikan tahap pembakaran minyak masih minimum. Memang terbaiklah!
Jika anda berminat untuk mendapatkan kereta ini, mesti anda tertanya-tanya tentang harganya kan? Harganya bermula dari RM211,916.88 dan untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh melawat sendiri mana-mana pusat jualan sah Volkswagen Malaysia atau layari laman web rasmi mereka di https://www.volkswagen.com.my/.
Jika nak tengok video kami buat review tentang Volkswagen Passat R-Line, boleh terus tonton video di bawah:




