GARA-GARA MERCUN, 5 KENDERAAN MUSNAH. SALAH SIAPA?

Jika sebelum ini kita dengar kisah kanak-kanak di China yang baling mercun dalam tangki najis sehingga cetus letupan di tapak meletak kenderaan, di Malaysia juga tidak ketinggalan apabila turut berlaku insiden teruk yang juga berpunca daripada mercun.  Kesannya, lima kenderaan musnah termasuk sebuah Toyota Vellfire, Perodua Bezza, Proton Saga serta dua buah motosikal. Rentung teruk! Nasib baik tiada kenderaan elektrik (EV) yang terlibat. Kalau tak, entah macam mana situasi pada masa kejadian.

Menurut beberapa video yang tular sejak semalam, kelihatan premis menjual mercun di Dataran Perniagaan Cheras (berdekatan Aeon Cheras Selatan) sedang marak selain terdapat beberapa letupan mercun yang mencemaskan semua orang yang berada berdekatan dengan lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihak mereka telah menerima aduan dan panggilan berhubung kejadian sekitar jam 9.53 malam. Justeru itu, seramai 13 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn digegaskan ke lokasi kejadian. Kejadian ini tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa, namun punca kebakaran akan disiasat.

Sumber imej: malaymail.com

Itulah, mercun dan bunga api ni sebenarnya lebih banyak keburukan dari kebaikan dan entah mengapa Kerajaan membenarkan penjualan mercun dan bunga api di Malaysia. Selain membahayakan, ianya juga sangat mengganggu ketenteraman. Ini kerana, walaupun PDRM menetapkan amaran tidak boleh main bunga api selepas jam 12 tengah malam namun masih ramai spesis degil dengan bermain mercun dan bunga api sehingga larut malam dan mengganggu jiran sekeliling.

Diharapkan agar selepas ini Kerajaan mempertimbangkan semula kebenaran menjual mercun dan bunga api di Malaysia. Ini kerana jika tiada yang jual, maka tiada yang beli. Betul tak?

Tonton video di sini:

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *