Kereta Kotor, Hati Puas: Kenapa Ramai Jatuh Cinta Dengan 4×4 Off-Road Malaysia!

Jika kita lihat, aktiviti 4×4 off-road di Malaysia seakan baru sahaja menapak bukan? Namun sebenarnya sukan 4×4 off-road ini sudah lama wujud di negara kita, iaitu sejak tahun 1980-an lagi. Masa tu, ramai geng-geng kenderaan pacuan empat roda suka masuk hutan, redah sungai dan menguji kemampuan memandu masing-masing dalam skala yang kecil. Namun, lama-kelamaan sukan lasak ini mula mendapat tempat di hati masyarakat kita yang sukakan aktiviti seakan ‘survivor atas roda’ dan akhirnya wujudlah acara rasmi seperti Rainforest Challenge (RFC), 4×4 Offroad Challenge atau Malaysia 4×4 Trophy sampaikan orang luar negara pun datang tau! Bukan setakat orang lelaki, malah wanita hebat pun ramai yang turut serta. Ingat orang perempuan suka alat solek je ke?
Antara ‘port’ popular? Gua Musang, Tasik Kenyir dan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak yang mana semuanya mempunyai laluan paling mencabar yang boleh buat kita menangis bagi yang baru nak mencuba.

Tapi, kenapa orang suka sangat sukan lasak macam ni?
Laluan ekstrem – Redah lumpur, anak sungai, cerun tajam, lereng bukit curam? – Tiada masalah.
Kerjasama – Kalau sertai 4×4 off-road, mana boleh menang kalau tiada pasukan yang saling memberikan sokongan antara satu sama lain? Aktiviti lasak macam ni bukan setakat boleh hilangkan stress, tapi ia juga mampu merapatkan hubungan silaturahim antara pasukan.
Kerja amal – Tahukah anda? Antara geng-geng terawal yang akan datang menhulurkan bantuan untuk mangsa banjir, tanah runtuh atau di kawasan pedalaman adalah geng kenderaan pacuan empat roda 4×4. Hanya mereka yang akan cukup berani dan berpengalaman untuk meredah kawasan pedalaman dengan lumpur paras lutut dan sebagainya. Hobi + kerja amal? Memang terbaik!
Pendek kata, sukan 4×4 off-road ni bukan setakat tentang pemanduan yang ganas dan lasak, tapi ia juga berkaitan dengan gaya hidup, dan cinta pada alam semula jadi.
Jadi, kalau anda rasa hidup anda terlalu ‘bandar’ atau ‘highway’ sangat, mungkin sudah tiba masanya untuk anda pun turut serta! Di bawah kami sertakan beberapa acara 4×4 off-road yang bakal berlangsung pada tahun 2025:
- 4×4 Offroad Challenge Bukit Badong, Selangor. Bermula 25 hingga 27 Julai 2025.
- Malaysia 4×4 Trophy, Felda Selancar, Muadzam Shah, Pahang. Bermula 25 hingga 30 Oktober 2025.
- RFC 2025 Grand Finale, Gua Musang, Kelantan. Bermula 25 November hingga 10 Disember 2025.

P/S: Rasa-rasa X-1R akan sponsor tak team 4×4 off-road ni?
Tags:
featured



