BUDI95 RON95 RM1.99: Syarat, Aplikasi & Subsidi 300 Liter

Kerajaan melalui Perdana Menteri (PMX) memperkenalkan BUDI95 RON95 RM1.99 sebagai langkah baharu menyalurkan subsidi petrol. Program ini membolehkan rakyat Malaysia yang layak membeli RON95 pada harga hanya RM1.99/liter, lebih murah daripada harga pasaran biasa.

Selama ini, subsidi petrol dinikmati oleh semua pihak termasuk golongan kaya dan warga asing. Akibatnya, kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi yang sangat tinggi setiap tahun. Dengan adanya BUDI95 RON95 RM1.99, subsidi hanya diberikan kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah dan sederhana. Golongan T20, pemilik kereta mewah dan warga asing tidak lagi menerima manfaat ini.

Untuk lebih jelas, ini perbandingan harga petrol:

  • Harga pasaran RON95 untuk rakyat Malaysia: ± RM2.05/liter.
  • Harga tanpa subsidi untuk bukan warganegara: ± RM2.60/liter.
  • Harga subsidi BUDI95: RM1.99/liter (bagi yang layak).

Siapa Layak?

  • Rakyat Malaysia kategori B40 dan M40.
  • Pemilik kereta

Siapa Tidak Layak?

  • Golongan T20.
  • Pemilik kereta mewah atau enjin besar.
  • Warga asing dan pemegang PR (Permanent Resident) walaupun guna kenderaan berdaftar Malaysia.

Kerajaan menetapkan had penggunaan subsidi RON95 hanya untuk 300 liter sebulan bagi setiap kenderaan persendirian. Had ini diwujudkan untuk elak penyalahgunaan, lebih adil kepada pengguna biasa, dan memastikan perbelanjaan kerajaan terkawal.

Setiap kenderaan yang layak hanya menerima subsidi untuk 300 liter sebulan.

  • 300 liter pertama – harga subsidi RM1.99/liter.
  • Lebih 300 liter – harga pasaran biasa dikenakan (± RM2.05 untuk rakyat Malaysia).

Contoh mudah:

  • Jika anda guna 250 liter sebulan, semua dikira pada harga RM1.99.
  • Jika anda guna 400 liter, 300 liter pertama subsidi RM1.99, manakala 100 liter selebihnya pada harga pasaran.

Program BUDI95 mempunyai beberapa kelebihan utama. Pertama, subsidi diberikan dengan lebih tepat kerana hanya rakyat Malaysia yang layak akan menikmatinya. Kedua, ia dapat mengurangkan ketirisan kerana warga asing tidak lagi menerima subsidi yang sepatutnya untuk rakyat tempatan. Ketiga, ia membantu negara berjimat kerana dana subsidi yang sebelum ini banyak dibelanjakan, kini boleh disalurkan ke sektor lain yang lebih penting seperti pendidikan, kesihatan dan pembangunan negara.

Aplikasi & cara menggunakan BUDI95

  1. Daftar & semak kelayakkan melalui aplikasi MySejahtera, MyJPJ atau portal BUDI MADANI.
  2. Isi minyak di stesen – imbas kad pengenalan atau bayar menggunakan aplikasi stesen minyak.
  3. Aplikasi stesen minyak – seperti Setel (Petronas), Shell App, BHPetrol App, Petron App. Sistem akan terus kenakan harga subsidi jika anda layak.
  4. Nikmati subsidi automatik – sistem terus menolak harga ke RM1.99/liter sehingga kuota 300 liter.

Program BUDI95 RON95 RM1.99 memberi peluang rakyat Malaysia berpendapatan rendah dan sederhana menikmati harga petrol murah sehingga 300 liter sebulan. Dengan integrasi bersama MySejahtera, MyJPJ, portal BUDI MADANI dan aplikasi stesen minyak, cara penggunaannya menjadi mudah dan pantas. Imbas IC atau gunakan aplikasi semasa isi minyak, dan subsidi automatik ditolak.

Langkah ini bukan sahaja membantu rakyat, malah memastikan subsidi diagih dengan lebih adil sambil menjaga kewangan negara.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *