Geram Jalan Kerap Berlubang Teruk, Lelaki Ni Tanam Pokok Pisang.

Berang selepas banyak kali menampal jalan sama yang berlubang dengan simen, seorang lelaki telah bertindak dengan menanam pokok pisang di jalan yang berlubang itu. Sebelum ini, Bryan Raymond selalu melihat rakaman daripada CCTV miliknya di sepanjang jalan Fort Myers, Florida, Amerika Syarikat. Hasil daripada rakaman juga menunjukkan sudah terlalu banyak kereta yang rosak selepas terlanggar atau tayar terjatuh dalam lubang tersebut.

Bagi memastikan supaya kesemua pengguna jalan itu akan lebih peka dengan kewujudan lubang di jalan itu, lalu Raymond telah mendapat satu idea yang kreatif dan lucu. Malah, penduduk sekitar juga setuju dengan pendekatan yang dilakukan oleh Raymond kerana sekurang-kurangnya pengguna jalan itu akan lebih peka di masa akan datang. Iya la, sebelum ni ramai tak perasan ada lubang besar lebih-lebih lagi selepas air hujan menutupi lubang tu. Sekarang dah ada pokok pisang, takkan la orang tak perasan untuk elak pokok pisang tu kan?

Sebenarnya, tanam pokok pisang kat jalan berlubang ni bukan cerita baru. Malah, sudah ramai orang di seluruh dunia yang bertindak sedemikian. Contohnya di Mississippi, AS yang mana mereka tanam pokok pisang di jalan berlubang selain menghias pokok tu dengan lampu hiasan Krismas. Seperti penduduk kawasan KwaDukuza di Afrika Selatan pula, bukan hanya satu tapi banyak pokok pisang ditanam di semua jalan berlubang di kawasan tersebut. Kalau penduduk di Cuidad Cort, Costa Rica pula lagi extreme. Jalan tu penuh dengan pokok pisang. Ni jalan awam ke ladang?

Itu baru di luar negara. Kalau macam sesetengah tempat kat Malaysia ni lagi naya. Ada jalan kat Sarawak tu, sampaikan kerbau pun boleh berkubang dalam lubang jalan!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *