Jambatan di MRR2 Runtuh Lagi? Pemandu Treler Rupanya Positif Dadah

Jatuh lagi? Itulah antara reaksi yang diberikan oleh ramai pihak selepas kejadian yang tular di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada petang 3 Mac 2021. Patut la masa tu jem sangat teruk dekat sana. Rupanya ada seorang pemandu treler yang tak bertanggungjawab telah melanggar perancah besi dalam pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehinggakan jambatan tu runtuh dan menghempap sebuah van. Dua mangsa wanita dalam van tersebut meninggal dunia akibat terhempap, manakala lagi tiga orang mangsa parah. Kiranya kemalangan kali ni bukan salah pihak pembinaan SUKE, tapi salah pemandu treler tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.58 petang, kesemua lima mangsa sebenarnya dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di sebuah kilang elektronik di Subang Mewah. Apabila treler yang membawa jengkaut itu melanggar perancah besi, jambatan tersebut runtuh dan menghempap van pekerja dinaiki mangsa dan menyebabkan mereka terperangkap dalam runtuhan selama kira-kira 3 jam.

Apa yang buat masyarakat kita bengang dengan kejadian ni ialah selepas siasatan dijalankan, pemandu treler tersebut rupanya positif dadah! Lagi geram, dia tidak mengalami sebarang kecederaan sedangkan mangsa lain pula yang meninggal dunia dan cedera parah akibat perbuatannya tu. Dah la positif dadah, langgar jambatan sampai runtuh, dua wanita yang tak bersalah meninggal dunia akibat kecuaian selain jem teruk yang menyusahkan semua pengguna jalanraya lain. Patut la orang panggil golongan ambik dadah ni sebagai sampah masyarakat! Semoga hukuman seberat-beratnya diberikan kepada si pemandu treler tersebut.
P/S: Takut dah nak lalu laluan tu.




