Mitsubishi Xforce Masuk Malaysia: SUV RM110k Yang Buat HR-V, X50 & Corolla Cross Tiba-Tiba Rasa Tak Sedap Hati

Kalau anda ingat pasaran SUV Malaysia dah “penuh”, bersedia untuk plot twist 2026: Mitsubishi Xforce baru sahaja buka tempahan rasmi, dan berdasarkan apa yang Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) umumkan, SUV ini datang bukan sekadar nak join group… tapi nak jadi admin.
MMM menawarkan Xforce dalam dua varian, Urban bermula RM110,000 dan Ultimate bermula RM120,000 (OTR tanpa insurans). Dan ya, angka ini terus letak Xforce dalam zon “perang besar” dengan SUV popular Malaysia macam HR-V, X50, Corolla Cross, Omoda 5, Atto 3 dan geng-geng yang selalu jadi pilihan rakyat.
Tapi yang buat orang mula menggaru kepala bukan harga semata-mata.

222mm Ground Clearance: SUV Lain Masih “Ehem”, Xforce Dah Lepas Speed Bump
Xforce datang dengan ground clearance 222mm, disebut sebagai best-in-class. Ini bukan angka hiasan, ini beza antara SUV yang nampak tinggi dengan SUV yang betul-betul boleh hidup di Malaysia, negara yang speed bump dia kadang-kadang macam bukit kecil.
4 Drive Modes + Active Yaw Control: Ini SUV Bandar Yang Tak Manja
Benda paling “Mitsubishi” tentang Xforce ialah cara dia buat SUV ini macam bersedia untuk semua. Ada 4 drive modes, Normal, Wet, Gravel dan Mud, siap dengan Active Yaw Control (AYC) untuk handling lebih yakin. SUV lain mungkin bagi Sport mode untuk rasa “laju”, Xforce bagi Mud mode untuk rasa “aku tak takut kampung”.
Kabin Best-in-Class + Kerusi Belakang Boleh Recline 8-Step
Mitsubishi claim kabin Xforce luas, dan paling menarik: rear seats 8-step reclining. Ini ciri yang family people akan faham nilainya sebab bila anak tidur masa balik kampung, kita pun boleh “hidup”.
Yamaha Premium Audio: SUV Lain Bagi Speaker, Xforce Bagi Konsert
Xforce Ultimate datang dengan 8-speaker Dynamic Sound Yamaha Premium Audio. Co-engineered dengan Yamaha. Maksudnya kalau anda jenis suka lagu sedih waktu hujan, Xforce ni boleh jadi studio rakaman bergerak.
12.3-inch Screen + Wireless CarPlay/Android Auto + Nanoe X
Dalam era SUV moden, skrin besar dan wireless connectivity dah jadi “wajib”. Xforce bawa 12.3-inch Display Audio dengan wireless Apple CarPlay & Android Auto. Lagi satu yang rare: nanoe™ X + dual-zone aircond untuk purify udara kabin. Ini SUV yang bukan saja sejuk… tapi cuba buang dosa bau nasi lemak dalam kereta.
ADAS Lengkap + Power Tailgate Kick Motion + 23 Storage Compartments
Mitsubishi juga letak ADAS penuh (Blind Spot, ACC, RCTA, AHB dan lain-lain), siap dengan Power Tailgate Kick Motion, All-Round Monitor, parking sensors, dan paling kelakar: 23 ruang simpanan termasuk cooler box. Mitsubishi nampaknya faham rakyat Malaysia suka simpan barang macam rumah.
Promosi Early Bird: Ini Yang Buat Orang Cepat Booking
Untuk 1,000 pelanggan pertama: RM5,000 rebate, 3 kali free labour, kos maintenance 5 tahun hanya RM3,978.03, dan siap ada contest “Buy 1 Free 1” untuk menang satu lagi Xforce Ultimate. Ini bukan promosi biasa ini promosi yang boleh buat group WhatsApp keluarga terus bising.
Kesimpulan: Mitsubishi Xforce bukan datang untuk jadi pilihan kedua. Dengan ciri-ciri yang “kelas atas” pada harga RM110k–RM120k, SUV ini mungkin jawapan paling mengejutkan tahun 2026.





