PADAH LANGGAR LARI, AKHIRNYA MERCEDES GLE450 HANGUS.

Beberapa hari lepas tular tentang satu kes langgar lari yang melibatkan sebuah kenderaan SUV mewah Mercedes GLE450 dan motosikal Honda Vario 160 di Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SPE) berhampiran Plaza Tol Chan Sow Lin.

Menurut rakaman dashcam salah seorang saksi kejadian, selepas melalui sebuah tol, kelihatan sebuah motosikal dari arah kiri yang bergerak lurus dalam laluannya tiba-tiba dilanggar oleh sebuah SUV putih dari arah kiri yang dipandu laju dan melulu.  Mangsa yang menunggang motosikal tercampak ke atas jalan dan cedera di bahagian muka, kepala dan perut namun malangnya pemandu SUV berkenaan dikatakan tidak memberhentikan kenderaannya sebaliknya melarikan diri dari lokasi kejadian.

Sumber imej: funtasticko.net

Niat pemandu SUV untuk melarikan diri tidak kesampaian apabila secara tiba-tiba Mercedes GLE450 AMG Coupe miliknya terbakar di KM 18.1 berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju. Walaupun pemandunya selamat, namun SUV mewah itu dikatakan musnah atau hangus 100 peratus. Susulan kejadian itu, ramai netizen yang mengecam pemandu terbabit dan pada masa yang sama turut mengatakan apa yang berlaku kepada pemandu cuai itu adalah hukum karma atau kifarah!

Sumber imej: ohmymedia.cc

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, perintah reman ke atas pemandu itu telah dibuat pada hari Isnin. Tertuduh juga telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada hari Rabu dan didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM 5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang lessen memandu selama lima tahun, jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa gagal menghentikan kenderaannya selepas melanggar mangsa yang mana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bersama Seksyen 119(1)(a) akta sama yang boleh dihukum denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Sebenarnya kan, nasib baik zaman sekarang sudah ramai yang menggunakan dashcam, jadi spesis buat salah tak mengaku macam ni boleh dikenalpasti dengan mudah. Kalau tiada bukti dalam bentuk gambar atau video memang sampai bila-bila pun tak mengaku bersalah. Kan?

Sumber imej: astroawani.com

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *