Pameran Antarabangsa Maritim Dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) Kembali

Selepas beberapa tahun ‘berehat’ susulan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, kini Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) bakal kembali semula dan akan berlangsung bermula 23 hingga 27 Mei 2023. Turut menjadi pameran aeroangkasa dan maritim terbesar di rantau Asia Pasifik dan satu-satunya pameran seumpamanya di dunia, maka sangat rugi jika kita lepaskan peluang untuk turut memeriahkan pameran ini nanti.

Untuk pengetahuan semua, pameran ini akan berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri dan Resort World Langkawi di mana LIMA 2023 bakal menjadi yang terbesar dengan lebih 600 peserta pameran!
Sebanyak 360 syarikat daripada industri pertahanan dan 240 syarikat daripada sektor komersial yang bakal menyertai pameran. Antaranya ialah Sapura, BHIC, Perkhidmatan Perundingan Sistem dan Zetro, Global Turbine Asia, Radimax, Deftech, NADI dan Gading Group (Malaysia). Manakala untuk wakil antarabangsa pula ialah Kumpulan Tentera Laut dan MBDA (Perancis), Airbus (UK), Kongsberg (Norway), Industri Aeroangkasa Korea (KAI), Aselsan, Roketsan dan Havelsan (Turkiye) serta Pasukan Pertahanan Australia.
Menariknya, akan ada 20 negara lain yang turut mempunyai astaka negara, ini termasuk Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Singapura, Arab Saudi, Pakistan, Belanda, Itali, Indonesia, India, Jerman serta China.

Jadi, sesiapa sahaja yang memang minat pameran sebegini boleh terus membeli tiket di platform digital LIMA atau layari https://limamalaysia.com.my/visitor/visit-lima untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang harga tiket.





