Penduduk Kuala Perlis Terkejut Lihat Kapal Layar ‘Alien’ Masuk Muara Sungai Perlis
Gempar apabila penduduk dan juga para nelayan yang berada di sekitar Kuala Perlis dikunjungi oleh sebuah kapal layar mewah ‘alien’ di muara Sungai Perlis. Kehadiran kapal layar mewah yang membuat kemunculan pada jam 12 tengah hari itu tidak mengganggu aktiviti nelayan, namun ia membuatkan mereka yang melihatnya terpaku. Mana tidaknya, itu merupakan kali pertama ianya berlaku dan dengan rekaan seakan kapal layar makhluk asing sudah tentu ia membuatkan mereka yang berada di sekitar terpegun.


Rupa-rupanya, kapal layar tersebut merupakan kapal layar mewah jenis Adastra, yang mana harganya adalah sekitar AS$45 juta (RM 200 juta)! Mengikut Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Perlis (Pelaris), Jasni Hashim, kapal layar itu sebenarnya menuju ke dermaga Perlis Marine Engineering (PME) Sdn Bhd melalui muara Perlis bagi tujuan membaiki kapal. Beliau turut menjelaskan bahawa kapal tersebut turut mempunyai kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia untuk melalui muara sungai tersebut.
UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:

Termasuk dalam kategori ‘superyacht’, kapal layar dengan panjang 42.5-meter ini dibina oleh McConaghy di Zhuhai, China. Kalau dahulu, Antony Marden (pemilik Fenwick Shipping Services) pernah memiliki kapal layar mewah ni.
Adakah yang ini kepunyaan jutawan Antony Marden? Atau ada orang kaya Malaysia yang beli daripada beliau? Jika melihat pada ruangan komen oleh netizen Malaysia, macam-macam nama yang mereka petik. Anda rasa?




