PELANGGAN PEUGEOT BAHARU KINI DAPAT JAMINAN SEHINGGA 7 TAHUN?

peugeot baharu
peugeot baharu

Peugeot Malaysia telah mengumumkan satu pakej jaminan standard yang baru kepada semua kenderaan Peugeot baharu yang mana setiap pelanggan yang membeli kenderaan baharu Peugeot layak untuk menerima jaminan selama 5 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km. Selain itu, jaminan 5 tahun tersebut juga boleh dilanjutkan dengan pilihan perlindungan selama 2 tahun lagi sekali gus memberikan perlindungan komprehensif sehingga 7 tahun atau perbatuan sejauh 200,000km (mana-mana tiba dahulu). Wow! Ini berita baik!

Menariknya, pelanggan juga mempunyai fleksibiliti untuk membeli lanjutan jaminan ini dalam tempoh 90 hari pertama untuk mendapatkan harga promosi. Jika pelanggan terlupa dan hanya membeli 90 hari sebelum jaminan tamat, harga normal akan dikenakan. Anda boleh tengok jadual di bawah:



Model
Harga Promosi(90 hari pertama selepas pembelian) Harga Normal (90 hari sebelum tempoh jaminan tamat) 
Jaminan Lanjutan 2 tahun (Tahun ke-6 & 7)
PEUGEOT 2008RM895RM1,557
PEUGEOT 3008RM957RM1,659
New PEUGEOT 408RM957RM1,659
PEUGEOT 5008RM1,049RM 1,811

Selain daripada empat model Peugeot baharu yang terdapat di dalam jadual di atas, promosi ini juga turut melibatkan jaminan untuk model Peugeot Landtrek sedia ada iaitu selama 3 tahun atau perbatuan sehingga 100,000km dan jaminan tersebut boleh dilanjutkan sehingga 2 tahun tambahan atau perbatuan sehingga 150,000km pada harga nominal RM 2,942. Malah, pelanggan juga boleh mendapatkan jaminan lanjutan untuk 4 tahun tambahan (menjadi 7 tahun) atau perbatuan 200,000km pada harga RM5,148 dalam masa 90 hari pertama selepas pembelian dibuat.

Jadi, sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang liputan jaminan baharu Peugeot ini, anda boleh menghubungi pusat panggilan Peugeot di 1800-18-STLA (7852) atau layari laman sesawang rasmi mereka di www.peugeot.com.my/tools/faq.html

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *