Bugatti Divo RM25 Juta Ini Milik Lelaki Malaysia. Ini Baru Tahap Kayangan Betul

Sesiapa sahaja pasti pernah berangan untuk memiliki sebuah kereta jenis hypercar. Mana tidaknya, harga sesebuah unit kenderaan jenis ini sudah pasti mencecah jutaan ringgit selain jumlah yang dihasilkan untuk pasaran pula hanya sedikit. Selalunya kita nampak orang kaya luar negara sahaja yang pakai kereta jenis ni kan?

Namun jangan terkejut jika beberapa hari lepas, tular di internet tentang seorang lelaki Malaysia yang telah pun membeli kereta hypercar Bugatti Divo yang mana harganya mencecah sehingga RM 25 juta! Lagi menarik, beliau juga menjadi antara salah seorang daripada 40 manusia di planet bumi yang memiliki hypercar tersebut. Ini baru wow!

Tapi pasti ramai antara kita yang tertanya. Siapa lelaki tersebut? Beliau ialah Chin Jit Pying, iaitu pengasas kepada JPM Museo dan juga pemilik kepada 100 kenderaan lain yang terdiri daripada kenderaan mewah, klasik, hypercar, supercar dan juga motosikal. Tapi antara koleksi yang paling mahal sudah tentu hypercar Bugatti Divo ni.

Hypercar ini sebenarnya diberi nama sempena Albert Divo, iaitu seorang pelumba Bugatti sekitar tahun 1920an yang pernah memenangi perlumbaan Targa Florio sebanyak dua kali. Menariknya tentang Bugatti Divo ini ialah ia mempunyai enjin 8L W16 dan 1479hp dan mampu mencecah kelajuan sehingga 236 mph (380 km/j). Malah, hypercar ini turut mampu memecut daripada 0 hingga 60 mph (0 hingga 96.5 km/j) dalam hanya 2.4 saat!

Orang biasa selalunya mempunyai hobi kumpul setem. Tapi bagi orang tahap kayangan macam ni, sudah tentu hobi beliau bukan biasa-biasa. Kan?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *