Bau Kaki Pemandu Dan Penumpang Depan Boleh Jadi Punca Kereta Bau Busuk?

Semua orang mempunyai pilihan masing-masing dalam memilih jenis wangian dalam kenderaan sendiri. Ada yang suka bau buah-buahan atau bau bunga, dan tak kurang juga sekarang ada pewangi kenderaan yang menggunakan bau seakan makanan. Bau kopi, vanilla, roasted caramel, malah bau popcorn dan coklat pun ada! Kalau anda masih ingat, 2 tahun lepas pun Starbucks pun pernah keluarkan 2 pewangi kenderaan iaitu Green Tea dan Chocolate. Masuk je kereta terus rasa lapar.

Okay, kalau masa masuk kereta tu kita rasa lapar atau ceria itu petanda yang baik. Tapi kalau masuk kereta dan bau kepam macam mana pula? Lagi pelik kalau masa memandu seorang diri bau busuk tiada. Tapi bila ada member tumpang, tiba-tiba bau kepam atau bau kaki muncul. Sampaikan bau pewangi kereta sedia ada dalam kereta pun seakan ‘hilang’ dan digantikan dengan bau busuk. Ewww..
Mesti anda pernah mengalami situasi di atas kan? Kenapa kereta lagi cepat tangkap bau kaki berbanding bau pewangi kereta? Rupa-rupanya sebab selama ni memang ramai antara kita yang sebenarnya salah letak pewangi kereta di tempat yang kurang strategik. Kita selalu letak pewangi kereta di atas dashboard atau paling tak pun di ruang berdekatan gear kereta kan? Sebenarnya tempat paling betul untuk letak pewangi kenderaan ialah di bawah kaki penumpang hadapan, dekat kawasan aircond tu.

Sekarang baru faham. Patutlah kadang-kadang ada ‘bau kaki’ bila ada penumpang di sebelah. Rupa-rupanya sebab kaki dia yang berbau tu menghala terus ke ruang berdekatan aircond. Rupanya selama ini ramai tak tahu bahawa udara dalam kenderaan diserap dari bahagian bawah sebelum dikeluarkan melalui aircond kenderaan. Mungkin lepas ni kita tak akan lebih suka guna ‘fresh air mode’ jika bawa penumpang yang kakinya berbau. Nak faham dengan lebih jelas? Tonton video di bawah:





