PEMANDU LORI MAIN KEJAR-KEJAR DENGAN ABANG JPJ DAH KENA TAHAN.

Selepas tular video yang menunjukkan sebuah lori dikejar Pegawai JPJ di Gangsa, Melaka, akhirnya pemandu lori tersebut berjaya ditahan pihak berkuasa.
Pada mulanya, lori itu telah dikesan oleh pasukan penguat kuasa sebelum diarahkan untuk berhenti di Lebuh Sungai Udang – Paya Rumput – Ayer Keroh (SPA) untuk tujuan pemeriksaan. Namun, pemandu lori tersebut enggan berhenti sehingga menyebabkan insiden kejar-mengejar sejauh 25 kilometer yang mengambil masa hampir sejam.

Mungkin akur lori yang dipandu tidak sehebat kereta Dom Toretto dalam Fast & Furious, akhirnya lelaki tersebut telah bertindak melompat keluar dari lori lima tan yang dipandunya sehingga menyebabkan lori tersebut merempuh sebuah rumah di Taman Krubong Jaya. Insiden itu telah menyebabkan kerosakan pada pagar dan tembok rumah selain turut merosakkan sebuah pikap Mitsubishi Triton.
@lobakmerahmy Sebuah video persis permainan video Grand Theft Auto tular di media sosial semalam, di mana sebuah lori dilihat sedang dikejar oleh sebuah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga membahayakan pemandu lain. Insiden yang berlaku di Lebuh Sungai Udang–Paya Rumput–Ayer Keroh (SPA), Melaka itu kemudiannya berakhir apabila pemandu lori itu merempuh sebuah rumah di Taman Krubong Jaya. Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pemandu berusia 27 tahun itu berjaya ditahan dengan bantuan penduduk setempat. P/s: Video di atas bukan hak milik Lobak Merah dan kami telah meletakkan kredit kepada pemilik video. Sekiranya anda ingin menurunkan sebarang video, Sila DM kami dalam kadar segera. Terima Kasih! Untuk berita penuh boleh baca di kotak hijau di atas Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah!🧡Terima Kasih! fyp fypシ lobakmerahmy beritaditiktok viralstory trending trendingnewsmalaysia ceritaviral terkini viralupdates storyviral
♬ original sound – LOBAK MERAH – LOBAK MERAH
Tidak lama kemudian, pemandu lori yang berusia 27 tahun itu telah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa dengan bantuan penduduk setempat. Mungkin penduduk setempat pun berang dengan pemandu lori tersebut yang bukan hanya memandu secara melulu dan malawan arus, malah turut merosakkan harta benda orang awam.

Selepas ditahan, pihak berkuasa telah mengeluarkan lima notis saman baharu kepada pemandu lori tersebut. Antaranya ialah memandu tanpa lesen CDL (Lesen Memandu Kompeten) dan GDL (Lesen Memandu Barangan), memandu secara cuai dan tidak mematuhi lampu isyarat merah.
P/S: Kalau betul tiada masalah atau kesalahan yang dilakukan, sudah pasti lori tersebut berhenti semasa pemeriksaan kan? Senangnya kantoi.




