
Dulu, definisi orang kaya dalam dunia automotif cukup mudah, kereta mesti mahal, bunyi enjin halus, dan isi minyak mesti RON97 atau kalau nak lebih “flex”, RON100. Kalau nampak orang tekan nozzle hijau tu, kita dah tahu… “ini bukan level biasa.” Tetapi zaman sudah berubah, kawan-kawan. Plot twist ekonomi negara: hari ini, orang paling “berada” bukan lagi pemilik kereta sport, tetapi pemandu diesel.
Realiti Harga Minyak Terkini (9–15 April 2026)
Berdasarkan harga semasa: sumber dari Setel
Semenanjung Malaysia
- RON95: RM1.99 (bersubsidi)
- RON95: RM4.27
- RON97: RM5.35 (+RM0.40 😬)
- Diesel B10/B20: RM6.72 (+RM0.70 💀)
- Diesel B7: RM6.92 (+RM0.70 💀💀)
Sabah & Sarawak
- RON95: RM1.99 (bersubsidi)
- RON95: RM4.27
- RON97: RM5.35
- Diesel: sekitar RM2.15 – RM2.35 (masih chill 😎)
Bayangkan scene di stesen minyak. Seorang pemilik sedan mewah isi RON97 sambil senyum nipis, cuba nampak tenang. Di sebelah, seorang pemandu kenderaan diesel turbo berdiri tegak, tangan di pinggang, muka penuh keyakinan. Dalam kepala dia mungkin terlintas, “isi penuh? No problem.” Siapa sebenarnya lebih berkuasa dalam situasi ini?
Bagi peminat kereta, ini adalah era paling pelik. Kita dibesarkan dengan impian enjin petrol berkuasa tinggi, revving sampai redline. Tetapi realitinya sekarang, perbualan sudah berubah: “berapa liter per 100km?” dan “diesel naik lagi ke minggu ni?” Ternyata, NAIK.
Ya, diesel. Bahan api yang suatu ketika dahulu dikaitkan dengan lori, pickup kerja tapak bina, dan bunyi enjin yang lebih kasar daripada hubungan ex. Sekarang? Ia menjadi simbol status baru. Bukan sebab prestasi, bukan sebab gaya, tetapi sebab harga. Ironinya cukup padu, yang dulunya dianggap “minyak rakyat marhaen”, kini jadi bahan api golongan elite senyap.
Bertabahlah kepada pengguna Diesel di Malaysia. Ya, diesel. Dulu bunyi kasar, sekarang bunyi dompet menangis. Dengan harga mencecah RM6.72 seliter, isi penuh tangki pickup bukan lagi aktiviti biasa, ini dah jadi financial commitment.
Cara Kurangkan “Sakit” Diesel Mahal
Dalam dunia di mana diesel dah jadi “luxury liquid”, menjaga enjin bukan lagi pilihan, ia satu keperluan.

Salah satu solusi yang semakin relevan ialah penggunaan produk seperti X-1R Diesel Decarboniser.
Apa benda ni buat?
- ✅ Menyingkirkan deposit karbon dalam enjin & injector
- ✅ Membersihkan sistem bahan api untuk pembakaran lebih efisien
- ✅ Membantu enjin berjalan lebih lancar & responsif
- ✅ Menjimatkan penggunaan bahan api (less wastage, more mileage)
- ✅ Mengurangkan pembaziran akibat pembakaran tak sempurna
Dalam bahasa mudah:
Bila enjin bersih → pembakaran lebih baik → kurang minyak dibazirkan
Dalam era diesel RM6+, itu bukan “nice to have”… itu survival strategy.





