Balik Kelantan, Jarak Lebih Jauh & Jimat Minyak Dengan X1R Octane Booster

Jika anda seorang yang kerap memandu jarak jauh, sama ada balik kampung atau melancong, pasti anda faham “pattern” penggunaan minyak yang tinggi. Isi full tank di Kuala Lumpur, mulakan perjalanan dengan penuh semangat, memecut dan tukar kepada sport mode bila memotong atau jalan clear namun malangnya belum sempat nak santai-santai, sudah kena singgah isi minyak semula.
Situasi ini memang biasa saya alami setiap kali memandu Proton X70 2018. Ya, kereta saya bukanlah kereta baharu sebab usianya pun sudah melebihi 5 tahun. Dan kita semua tahu persepsi umum iaitu bila kereta dah berusia, penggunaan minyak biasanya akan jadi sedikit lebih tinggi berbanding kereta baharu. Tambahan pula dengan gaya pemanduan saya yang agak agresif (suka menggunakan sport mode bila travel jauh), memang logik kalau minyak cepat berkurang.
Laluan yang sering saya gunakan adalah Kuala Lumpur–Karak–Mempaga–CSR–Gua Musang. Sebelum ini, rutin saya agak konsisten iaitu saya akan isi full tank di KL, dan bila tiba di Gua Musang, memang saya perlu berhenti untuk mengisi minyak semula. Bila fikir jarak pemanduan dari Kuala Lumpur ke Gua Musang dalam anggaran 248km saya dah kena ‘topup’ balik minyak, maksudnya memang kuat makan minyak.
Namun begitu, baru-baru ini saya berpeluang mencuba X1R Octane Booster sebelum memulakan perjalanan yang sama. Seperti biasa, saya mengisi full tank di Kuala Lumpur, tetapi kali ini dengan tambahan produk tersebut. Secara jujurnya, saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Orang kata sekadar ingin melihat sama ada terdapat perbezaan yang ketara atau sebaliknya.

HASIL PENGALAMAN PENGGUNAAN
Sepanjang perjalanan, saya mengekalkan gaya pemanduan yang sama seperti sebelumnya. Tiada perubahan dari segi kelajuan, masih seperti orang yang nak masuk litar Sepang dan sesekali menggunakan sport mode juga masih konsisten terutamanya ketika memotong kenderaan berat di laluan CSR dan Gua Musang.
Apa yang menarik perhatian saya adalah dari segi penggunaan bahan api. Jika sebelum ini saya perlu mengisi semula minyak di Gua Musang, kali ini perjalanan boleh diteruskan sehingga ke Kuala Krai (tambahan jarak anggaran 120km dari Gua Musang), malah dalam beberapa situasi, saya hanya perlu mengisi semula di Machang (tambahan jarak 148km dari Gua Musang). Power tu! Memang bagi extra mileage la senang cerita.
Perbezaan ini mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah pihak khususnya yang menggunakan kereta CC kecil, namun untuk perjalanan jarak jauh yang menggunakan kereta dengan CC agak besar atau bersaiz besar (SUV/MPV), ia memberi impak yang cukup signifikan. Lebih-lebih lagi untuk kereta yang bukan lagi dalam kategori baharu seperti Proton X70 saya ini. Memang setiap peningkatan mileage itu terasa. Malah, kurang kekerapan berhenti untuk mengisi minyak bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan ia menjadikan perjalanan lebih lancar dan tenang. Selain itu, perubahan yang saya rasakan juga adalah dari segi ‘power’ bila memecut. Terasa lebih lancar tanpa rasa kereta perlu ‘mengaum’ lebih untuk memotong. Lebih-lebih lagi bila nak memotong lori panjang dengan jalan berbukit di kawasan Gua Musang – Kuala Krai tu.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, penggunaan X1R Octane Booster menunjukkan peningkatan dari segi mileage berdasarkan pengalaman pemanduan saya sendiri, walaupun menggunakan kenderaan yang sudah melepasi tempoh 5 tahun. Dalam keadaan trafik yang sesak, terutamanya ketika musim perayaan di mana penggunaan bahan api cenderung meningkat, sebarang usaha untuk memaksimumkan jarak perjalanan bagi setiap tangki minyak adalah satu kelebihan.
Justeru, bagi anda yang merancang perjalanan pulang ke kampung halaman dalam masa terdekat, khususnya untuk musim perayaan, mungkin boleh mempertimbangkan untuk mencuba produk ini. Sedikit perubahan pada penggunaan bahan api boleh memberikan perbezaan yang besar dari segi kos dan keselesaan perjalanan.
P/S: Anda bila pula? Lepas tu share la pengalaman sendiri pula ya?




