Nampak remeh tapi boleh membunuh.

Lagi beberapa hari kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudahkah anda bersedia untuk travel jauh dan memakan masa yang lebih lama daripada biasa? Dahlah jalan jem tahap gaban, badan pulak letih sebab puasa dan kurang tidur. Jadi microsleeping dan tidur di dalam kereta merupakan perkara biasa yang sering anda lakukan. Tapi tahukah anda ia boleh membawa maut?
1. MICROSLEEPING

Macam mana nak tahu apa itu Microsleeping? Ia adalah situasi di mana mata dan otak anda nak terlelap atau shutdown walaupun dalam keadaan mata anda masih terbuka! Seperti beberapa hari lepas kita telah dikejutkan dengan pemergian founder kosmetik Dnars, Puan Faziani Rohban Ahmad, akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.
Rupa-rupanya, punca kemalangan adalah disebabkan oleh Microsleeping yang dialami oleh pemandu kereta yang juga suami beliau pada hari kejadian. Suami mangsa mengatakan beliau sangat mengantuk dan bercadang untuk berhenti rehat di stesen minyak berdekatan, namun detik Microsleeping atau terlelap selama 2 saat itu telah menyebabkan beliau kehilangan isteri tercinta dalam sekelip mata.

Jadi, kalau boleh bila mata dah rasa berat sangat sila berhenti dahulu dan rehatkan diri. Di sini juga co-driver atau penumpang lain memainkan peranan. Kalau dah nampak driver tu macam bateri dah 3 % je yang tinggal, bolehlah anda offer diri untuk menggantikan driver sekejap. Namun, masalah utama sekarang, rata-rata bagitau biasanya penumpang yang tidur kalah beruang kutub. Nak ajak borak untuk hilangkan mengantuk pun tak boleh sebab penumpang dah lama berdengkur.

2. TIDUR DALAM KERETA
Bila mata dah mengantuk sangat, option terbaik adalah tidur. Tapi, kalau tidur dengan aircond on dan tingkap tertutup, ia juga boleh membawa maut! Tahukah anda sudah beribu kes dilaporkan yang melibatkan mangsa yang ditemui mati di dalam kereta semasa tidur adalah disebabkan mati lemas? Contohnya kejadian yang berlaku di Riau, Indonesia di mana mangsa ditemui dalam keadaan pucat dan mulut berbuih dan disahkan meninggal dunia akibat terhidu gas beracun semasa tidur di dalam kereta. Kes yang sama juga pernah viral tahun lepas apabila 2 remaja dari Sabah ditemui mati di dalam Perodua Myvi kerana tidur dalam kereta berhawa dingin tanpa buka tingkap.

Anda tahu tak kenapa tidur dalam kereta dengan aircond on boleh membawa maut? Puncanya ialah dari kebocoran ekzos dan gas karbon monoksida (CO) yang menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan. Ini kerana apabila kereta tidak bergerak, oksigen yang sama akan berputar di dalam kenderaan dan semakin menipis apabila disedut oleh kita semasa tidur. Bukan tahap biasa-biasa, sebab ia boleh menyebabkan kematian secara mengejut (sudden death).
Mengikut pakar kenderaan, sekiranya mahu tidur, cermin kereta mestilah dibuka agar ada udara yang boleh masuk. Kalau boleh semua tingkap dibiarkan terbuka sedikit. Dan jangan lupa untuk set alarm. Tidur tu biarlah sekadar melepaskan rasa penat. Cukur sekadar 15 minit, jangan tidur macam kat atas katil pulak sampai berjam-jam lamanya.
Tags:
safety




