Bakar 874 Kereta Sempena Menyambut Tahun Baru

Lain macam sungguh cara mereka sambut tahun baru. Bukan satu, tapi sehingga 874 buah kereta dibakar hanya semata-mata untuk menyambut tahun baru 2022. Mengikut Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin, kejadian seumpama itu sebenarnya sudah menjadi ‘tradisi pelik’ rakyat negaranya dalam menyambut tahun baru. Katanya lagi, jumlah kereta yang dibakar tahun ini sebenarnya jauh lebih sedikit berbanding tahun 2021, dia mana sebanyak 1,316 kereta telah dibakar.

Akibat daripada kejadian itu, sebanyak 441 tangkapan telah dilakukan oleh pihak berkuasa kerana kebiasaannya upacara itu dilakukan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab, termasuk kumpulan penjenayah yang cuba untuk membuat tuntutan insurans palsu atau yang cuba untuk menyembunyikan aktiviti jenayah mereka.
Sejak bila sebenarnya ‘tradisi pelik’ ini dimulakan? Sebenarnya ia bermula sejak tahun 1990-an oleh remaja di kawasan kejiranan miskin sekitar Strasbourg. Walaupun pihak berkuasa telah melakukan pelbagai cara untuk menghentikan upacara yang tidak berfaedah serta merugikan itu, namun ia tetap diteruskan sehingga kini. Kata mereka lagi, kalau tiada kereta untuk dibakar, mereka akan teruskan dengan membakar tong sampah, tayar atau apa-apa sahaja untuk menyambut tahun baru.






