Bekas Finalis “Miss England” Jadi Pemandu Lori HGV

Si ratu cantik dan model, Milly Everatt, tinggalkan dunia catwalk dan berlatih untuk dapatkan lesen lori HGV. Sumber imej: metro.co.uk

Siapa sangka, seorang bekas finalis “Miss England” yang baru sahaja berusia 22 tahun telah membuat keputusan untuk meninggalkan dunia glamor demi mendapatkan lesen lori atau kenderaan berat (HGV) bagi kelas 1 dan kelas 2 disebabkan oleh krisis kekurangan pemandu lori di UK. Bayangkan kita nampak muka ayu dan lembut, tetapi memandu lori dengan muatan seberat 44 tan! Memang besar dan unik cita-cita gadis ini.

Sumber imej: storytrender.com

Everatt yang juga merupakan anak kepada seorang petani dari Eastoft, Lincolnshire itu turut mendedahkan bahawa dia memilih untuk menukar kerjayanya untuk menghakis streotaip industri kenderaan muatan berat yang kebiasaannya didominasi oleh kaum lelaki. Sambungnya lagi, dia juga turut berharap agar lebih ramai wanita yang tampil untuk melakukan perkara sama. Lagipun, kerjaya sebagai pemandu HGV di sana juga turut memberikan pendapatan lumayan, iaitu sekitar £50,000 (RM 283,370). Silap-silap lagi mahal daripada bayaran kepada model ni.

Sebenarnya, memang bagus pendekatan yang dilakukan oleh gadis ini. Sekurang-kurangnya dia cuba untuk memecahkan streotaip dan mencuba sesuatu yang menjanjikan kelangsungan untuk jangka masa panjang. Kalau nak bergantung kepada populariti dan kerjaya glamor semata-mata sememangnya takkan kekal lama. Takkan sampai ke tua nak jadi model kan?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *