Penutupan Rangkaian 3G. Selain Telefon, Ia Turut Memberi Kesan Kepada Sistem Dalam Kenderaan

Sumber imej: quora.com

Pengenalan 3G pada tahun 2002 kini sudah tiba ke penghujung apabila lebih banyak syarikat dan teknologi baharu beralih kepada menggunakan rangkaian 4G atau yang terbaru, rangkaian 5G. Semasa di zaman keagungan rangkaian 3G, kita dapat lihat banyak sistem infotainment di dalam kenderaan pada ketika itu yang menggunakan rangkaian 3G termasuk dalam sistem pemberitahuan kemalangan dalam kereta dan sistem bantuan di tepi jalan, contohnya seperti Onstar General Motors.

Sumber imej: auto.economictimes.indiatimes.com

Namun selepas berita tentang penutupan secara rasmi rangkaian 3G, banyak pihak syarikat yang dahulunya menggunakan rangkaian 3G menggesa pelanggan untuk menggantikan atau menaik taraf produk dan kenderaan mereka sebelum akhirnya rangkaian itu bakal pupus buat selama-lamanya.

Sumber imej: 5ginsider.com

Sememangnya dunia semakin maju dan semuanya sudah beralih kepada rangkaian 5G. Namun bagaimana pula nasib berjuta-juta kenderaan yang bakal kehilangan kemampuan mereka untuk menerima data kemas kini seperti lokasi atau isyarat trafik? Atau lebih parah lagi kenderaan mereka bakal gagal untuk menghubungi responden pertama selepas berlaku perlanggaran.

Sumber imej: researchgate.net

Bagi sesetengah syarikat automotif seperti Cadillac, Buick dan juga Chevrolet, mereka ada menyediakan penyelesaian kepada masalah penutupan 3G dengan peningkatan perisian (software upgrade) untuk pemandu menyambungkan sistem mereka kepada rangkaian 4G. Namun bagaimana pula dengan nasib syarikat automotif lain yang dahulunya menggunakan rangkaian 3G? Adakah kenderaan mereka juga bakal terkubur bersama rangkaian 3G?

Sumber imej: telecomhall.net
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *