BMW Guna Najis Lembu?


Wow! Lain macam cara BMW dalam usaha mereka untuk menjaga alam sekitar. Terbaru, pihak BMW telah melakukan kerjasama bersama ladang tenusu Bar 20 Diary dan juga California Bioenergy (CalBio) untuk menjana kuasa elektrik bagi kenderaan elektrik (EV) dengan menggunakan najis lembu! Serius lah?


, dengan teknologi terbaru, mereka mampu menukar metana daripada najis lembu atau baja kepada elektrik selain mengurangkan jumlah pengeluaran metana itu sendiri. Selain itu juga, gabungan tenaga yang terhasil mempunyai kelebihan dalam mengurangkan pengeluaran emisi bersamaan dengan menjana 17,000 EV dalam 12 bulan.

Apa yang lagi hebat tentang teknologi ini ialah penggunaan najis lembu bukan sahaja mampu membantu menghasilkan udara yang lebih bersih malah ia mampu menjana elektrik sehingga dua kali ganda jika dibandingkan dengan menggunakan generator konvensional. Jadi tak hairanlah jika selepas teknologi ini semakin digunakan dengan meluas kelak, ia turut dapat membantu para penternak lembu untuk mendapatkan sumber pendapatan sampingan. Jika sebelum ni najis lembu hanya dibuang atau dijual sebagai baja, mungkin selepas ni peladang atau penternak lembu boleh jual kepada pihak pengeluar kenderaan elektrik (EV) pula.

Banyak rupanya kebaikan tahi lembu ni. Dulu pernah tular tentang seorang wanita India yang melumurkan kereta miliknya dengan najis lembu sebab nak kurangkan suhu panas. Tak kurang juga ada yang percaya tahi lembu boleh jadi penawar Covid-19. Apa pendapat anda?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *