Cara Pemanduan Bongkar Rahsia Personaliti Anda. Serius Tak Tipu

Personaliti bermaksud keperibadian atau kualiti yang dimiliki oleh seseorang individu. Beberapa kajian juga telah dijalankan, dan keputusannya memang bakal mengejutkan anda. Kenapa? Sebab cara pemanduan seseorang itu tidak boleh menipu personaliti sebenar mereka. Hati- hati kalau tetiba bakal mertua ajak meronda kawasan dan suruh anda yang pandu. Silap-silap dia tengah buat ‘personality test’. Mana tak nya, zaman sekarang kan ramai yang sebelum kahwin pijak semut pun tak mati. Tapi bila dah kahwin, jembalang pun lari tengok kelibat kau.

1. ORANG YANG SUKA KESEMPURNAAN

Manusia yang sukakan kesempurnaan atau ‘perfectionist’. Anda percaya setiap perkara perlukan perancangan teliti. Nampak macam ‘nerd’ je kan pegang stereng dengan 2 tangan macam ni? Cuma awas, personaliti macam ni sering kali agak ‘keras kepala’ kerana seringkali merasakan ‘plan’ anda adalah yang terbaik. Tengok cara dia ‘control’ stereng kereta pun dah boleh agak.

2. ORANG YANG ‘COOL’

Ala-ala ‘cool kid’ gitu. Pemandu yang suka memandu dengan menggunakan satu tangan di atas adalah manusia yang agak ‘cool’. Anda kelihatan ‘chill’ dan tidak suka sesuatu perkara yang terlalu berat atau serius. Biasanya orang macam ni jenis yang ceria. Ni adalah spesis yang hidup mesti ‘happy’ memanjang. Namun, kalau terlebih ‘cool’ pun bahaya sebab akan ada sedikit sikap sambil lewa. Cuba tengok yang suka main handphone, kan dia suka pegang stereng macam ni.

3. ‘MINIMALIST’

Anda suka sesuatu yang ‘simple’. Kalau dari segi ‘friend list’ pun tak ramai. Cukup dengan hanya mempunyai kawan yang sedikit, tapi rapat. Walaupun simple, anda bukanlah seseorang yang ‘boring’. Selain itu, orang macam ni juga kurang suka dengan ‘drama kehidupan’. Cuba tanya dia, suka tengok drama petang yang berlakon di ‘oversea’ dan mengisahkan anak orang kaya kena paksa kahwin dengan lagi sorang anak orang kaya tak? Kalau tak suka drama-drama ni, memang sah orang tu ‘minimalist’.

4. GAYA SEORANG BOSS

Anda adalah bos! Bersifat seperti seorang pemimpin dan suka ambik alih dalam situasi yang memerlukan keputusan tertentu. Macam antara geng korang, mesti ada sorang yang acah-acah bos sikit. Namun malangnya agak susah untuk mencari pasangan hidup yang memahami gaya ‘boss’ anda tu. Boss berduit tak apa jugak. Kalau boss yang kerja suka mengarah orang tapi habuk pun tarak, memang la orang lari berdesup. Kepada bakal mertua yang takut anak perempuan dia jadi kuli tengok sikit yea. Malu apa bossku?

5. JENIS MENGGELABAH

Pernah jumpa kawan yang jenis menggelabah lebih? Mudah rasa was-was dalam sesuatu pekerjaan dan agak takut untuk berhadapan risiko. Contohnya jenis yang kita dah bagi laluan, tapi dia teragak-agak untuk keluar dari simpang tu. Walaupun sifat menggelabah tu agak ‘merimaskan’ namun, ada baiknya juga. Sebab kebiasaannya orang macam ni lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan.

6. ‘DEFENSIVE’

Biasanya anda jenis yang selalu sibuk dan tiada masa untuk melayan benda remeh-temeh. Agak kurang sabar dalam sesetengah situasi, termasuk semasa memandu. Sebab tu anda pantang ada orang yang bawak kereta slow, orang tak bagi signal, yang berhenti tanpa tanpa sebab. Semua kena hon. Walaupun anda kelihatan seperti seorang yang pemarah, namun orang yang bersifat ‘defensive’ ini sebenarnya lebih ‘goal-oriented’.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *