Christiano Ronaldo Mungkin Dilarang Pandu Kereta Mewah Miliknya – Arahan Terbaru Pengurus Interim Manchester United, Ralf Rangnick

Di bawah pengurusan terbaru pengurus interim Manchester United – Ralf Ringnick, berkemungkinan besar kesemua pemain Manchester United termasuk Christiano Ronaldo terpaksa meninggalkan kereta mewah mereka di rumah masing-masing.

Lelaki berusia 63 tahun dari Jerman itu sebenarnya dilantik sebagai pengurus interim berikutan pemecatan Ole Gunnar Solskjaer selepas kekalahan memalukan 4-1 menentang Watford sebelumnya.

Sebelum ini, Rangnick pernah menguruskan 10 kelab sepanjang kerjayanya, di mana kelab terakhir adalah RB Leipzig dari Jerman. Kebiasaanya, Rangnick memang suka mengarahkan kesemua pemain di bawah pengurusannya untuk menggunakan kereta kelab semasa mewakili pasukan. Jadi beliau berkemungkinan besar akan menggunakan kaedah yang sama di Manchester United.

Bayangkan jika Rangnick menggunakan kaedah sama? Maka sudah tentu pemain superstar seperti Christiano Ronaldo pun akan terpaksa menggunakan kereta kelab untuk perjalanannya pergi dan balik dari Carrington. Jadi tak dapat la CR7 yang juga pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or menunjuk kereta mewah miliknya kelak.

Mengikut satu laporan, koleksi kereta mewah milik Christiano Ronaldo kini mencecah lebih £18 juta (RM 100.66 juta) termasuk lima buah Ferrari, sebuah kereta McLaren Senna serta sebuah Bugatti Centodieci bernilai £9 juta (RM 50.33 juta) di dalam garaj peribadinya.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *