HOSPITAL HARAMKAN KERETA ELEKTRIK PARKING SEBAB MUDAH TERBAKAR?

HOSPITAL HARAMKAN KERETA ELEKTRIK

Seorang pemilik kenderaan elektrik (EV) yang juga bapa kepada seorang pesakit kanak-kanak terkejut selepas dihalau oleh pengawal keselamatan daripada parkir di sebuah hospital. Semuanya berpunca daripada jenis kenderaan yang dipandu oleh bapa malang itu, iaitu sebuah kereta elektrik. Lelaki itu cuba mendapatkan penjelasan daripada pengawal keselamatan yang bertugas dan terkejut selepas diberitahu bahawa bateri kereta elektrik mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk terbakar atau meletup lebih-lebih lagi di kawasan lot parkir hospital yang mempunyai struktur logam. 


Burning Questions: Unraveling the Truth Behind Electric Vehicle Fires in  Maritime Shipping – Atlas Network
Sumber imej: atlas-network.com

Kejadian yang berlaku di Hospital Adler Hey, Liverpool itu telah menyebabkan lelaki terbabit, Paul-Freeman-Powell terpaksa akur dan parkir keretanya berdekatan dengan kawasan rumput memandangkan dia harus menghantar anaknya yang berusia tujuh tahun untuk temujanji hospital. Turut berasa kecewa dengan layanan yang diterima, beliau telah berkongsi tentang kisah yang berlaku kepadanya di media sosial bersama beberapa keping gambar. 


Sumber imej: twitter.com

Dalam satu kenyataan rasmi daripada Hospital Alder Hey kepada media BBC, mereka hanya menjalankan larangan sementara untuk kenderaan elektrik parkir di kawasan hospital kerana mereka sedang melakukan kerja menaik taraf sistem alat pemadam kebakaran atas nasihat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Merseyside. Malah pihak hospital juga menegaskan bahawa pemilik EV masih boleh parkir di tempat letak kenderaan utama hospital Alder Hey yang turut menawarkan beberapa lot khas bersama alat pengecas bateri.

Changes to Emergency Department access - Alder Hey Children's Hospital Trust
Sumber imej: www.alderhey.nhs.uk

Jika mengikut kepada data dari EV Firesave, kenderaan biasa yang menggunakan petrol sebenarnya mempunyai risiko kebakaran yang lebih tinggi berbanding kereta elektrik. Namun begitu, mungkin pihak bomba menasihati pihak hospital supaya membuat larangan sebegitu kerana mereka lebih tahu bahawa jika kereta elektrik terbakar, ianya lebih susah untuk dipadamkan. Ingat tak kes kereta Tesla yang terbakar dan jatuh dalam sungai? 

Tesla Model X on Fire While Underwater Shows How Powerful Thermal Runaways  Are - autoevolution
Sumber imej: automology.com

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *