
Baru-baru ini, tular beberapa video yang menunjukkan sebuah Perodua Axia berwarna merah sedang membawa muatan melebihi had di Jalan Dengkil-Banting. Ada beberapa pihak yang mendakwa pemandu Axia merah tersebut sebenarnya dalam proses untuk berpindah tetapi tiada kemampuan untuk menyewa lori. Namun realitinya, jauh sama sekali.
Menurut beberapa penduduk tempatan, pemandu Axia merah itu sebenarnya adalah seorang lelaki berusia lewat 50-an yang mengalami masalah mental. Lelaki tersebut dikatakan mempunyai sebuah bengkel kereta dan telah beberapa kali menggunakan kereta milik pelanggan bengkelnya untuk mengangkut sampah dan barangan lain. Bahkan,mereka turut mendakwa bahawa ada kereta milik pelanggan yang semakin rosak, menjadi busuk serta terlibat dalam beberapa kemalangan dek kerana perbuatan lelaki tersebut yang suka mengangkut barang melebihi muatan.

@abgmadu_67 Angkut barang naik Axia, macam nak pindah rumah’ PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu sebuah kereta jenis Perodua Axia membawa barangan berlebihan sehingga terjatuh di atas jalan mengundang kebimbangan ramai. Menerusi satu perkongsian di TikTok milik @She_kin17, kereta itu dilihat dipenuhi dengan barangan besar sehingga ‘melimpah keluar’. Wahai pak cik, ingatlah kami pun ada insan tersayang. Janganlah bawa barang banyak sangat macam ini. Bahaya pak cik. Nasib baik semua orang memandu perlahan. Kalau ada yang laju, tak sempat brek, macam mana?” tulisnya di ruangan kapsyen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bimbang dengan situasi itu dan berseloroh dengan tindakan lelaki berkenaan. “Pak cik ini pindah rumah tapi bajet tak cukup nak sewa lori kot,” komen @Mamat5978. “Nak jadi Mr. Bean versi Malaysia agaknya,” seloroh
♬ оригинальный звук – 𝓘𝓵𝓱𝓪𝓶
Susulan video yang tular itu telah mencetuskan kebimbangan kepada pengguna jalan raya yang lain, pihak polis akhirnya berjaya mengesan pemandu terlibat dan siasatan mendapati bahawa pemandu berusia 59 tahun itu sebenarnya mengalami masalah mental. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, walaupun pihaknya mendapati bahawa pemandu tersebut mengalami lesen memandu yang sah dan kenderaan yang dinaiki pula mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap, namun Axia merah yang dipandu telah ditahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan lanjut.
Kalau betul seperti yang didakwa oleh pihak polis dan penduduk tempatan, rasanya pihak berkuasa juga harus memastikan bengkel milik lelaki tersebut ditutup agar tiada lagi kejadian yang sama akan berlaku. Kesian kepada pelanggan yang hantar kereta mereka ke bengkel. Bukan sahaja kereta mereka mungkin dijadikan ‘lori muatan sampah’, malah kerosakan yang dialami kereta mereka juga akan semakin bertambah. Siap pakej bau busuk lagi.


