Lagi Tragedi Kereta Elektrik Terbakar Atas Kapal Kargo

Sumber imej: cbsnews.com

“Kebakaran bermula dari bateri kereta elektrik!” Itu adalah antara rakaman audio panggilan kecemasan yang dikeluarkan Belanda RTL tentang kebakaran di atas sebuah kapal kargo yang membawa lebih 3,500 kenderaan baharu, termasuk hampir 500 buah kereta elektrik (EV). Lebih memilukan, dalam kebakaran besar yang berlaku di Laut Utara di Pantai Belanda itu, turut meragut satu nyawa krew kapal selain beberapa anak kapal lain mengalami patah tulang, melecur dan masalah pernafasan selepas mereka terjun dari geladak kapal ke laut.

Sumber imej: tradewindsnews.com

Untuk pengetahuan, kapal yang diberi nama sebagai Freemantle Highway itu dari Jerman dan sedang menuju ke Timur Jauh melalui Terusan Suez. Pada asalnya, kapal itu hanya mengangkut 25 buah kenderaan elektrik namun jumlah yang sebenar ialah 3,783 kenderaan, 498 daripadanya adalah kenderaan elektrik (EV) manakala selebihnya ialah kenderaan petrol termasuk ratusan kenderaan jenama BMW dan juga Mercedes-Benz.

Dalam masa ini, terdapat banyak kapal dan pihak berwajib yang berada di lokasi kejadian untuk memantau keadaan dan mengawal kebakaran namun semuanya bergantung kepada keadaan cuaca dan kerosakan pada kapal itu. Menurut jurucakap pengawal Pantai Lea Versteeg, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kapal itu akan karam, justeru kesemua pengeluar kenderaan yang terlibat dalam kebakaran itu perlu menanggung kerugian yang sangat besar.

Sumber imej: dailymail.co.uk

Selain itu, Allianz Commercial mengeluarkan laporan minggu ini yang menunjukkan risiko kebakaran yang semakin meningkat dan 64 kapal telah hilang akibat kebakaran sepanjang dalam tempoh lima tahun yang lalu. Ia menegaskan bahawa pertumbuhan pesat dalam pengangkutan bawaan laut bagi bateri litium-ion secara bebas, atau dalam EV, adalah kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat.

“Bahaya utama ialah kebakaran, letupan dan ‘thermal runaway’, kebakaran pemanasan sendiri yang pantas yang boleh menyebabkan letupan,” kata Kapten Rahul Khanna ketika mengulas mengenai pengangkutan bateri lithium-ion.

Jadi, mengikut laporan yang dinyatakan, ternyata kapal yang membawa muatan kenderaan elektrik sebenarnya menghadapi risiko yang sangat tinggi. Jika sebelum ini, syarikat perkapalan Norway, Havila Krystruten, telah menegaskan larangan untuk membawa sebarang muatan kenderaan elektrik, adakah akan ada syarikat perkapalan lain yang akan mengambil langkah yang sama?

Mungkin akan ada sebab mereka mengambil iktibar daripada kejadian kapal Felicity Ace yang terbakar disebabkan oleh bateri kenderaan elektrik sehingga membuatkan mereka kerugian sehingga US$401 juta (bersamaan RM 1.8 bilion!) apabila 4000 kenderaan mewah musnah dalam kebakaran itu.

Sumber imej: youtube.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *