Lamborghini Huracan Terjun Tasik Sebab Nak Tiru James Bond?

Gara-gara terpijak pedal minyak semasa sedang mengundurkan kereta Lamborghini Huracan miliknya, seorang lelaki Switzerland terpaksa berputih mata apabila kereta sports mewah tersebut terjunam ke dalam tasik. Kejadian yang berlaku di Tasik Mondsee itu ternyata menyebabkan pemandu kereta itu berada dalam keadaan cemas namun beliau sempat berenang keluar dari kereta itu sebelum dibawa ke hospital berdekataan. Pemandu cuma mengalami kecederaan ringan je, tapi yang ‘azab’ masuk air ialah kereta Lamborghini Huracan tu.

Walaupun insiden itu tidak meragut nyawa, namun ianya mengundang satu reaksi yang tidak disangka-sangka oleh pihak polis Austria. Menerusi satu hantaran di media sosial Twitter milik pihak polis Austria, mereka telah bertindak dengan menyindir secara ‘halus’ kepada pemilik kereta sports mewah berkenaan.
Rupa-rupanya mereka memerli lelaki itu yang kononnya cuba untuk meniru aksi James Bond: “Selepas menonton babak akhir dalam filem No Time to Die, seorang lelaki warga Switzerland telah cuba untuk menjadi pengganti Daniel Craig sebagai James Bond. Namun malangnya percubaan beliau untuk meniru aksi Lotus Esprit dalam filem ‘The Spy Who Loved Me’ itu gagal.”

Boleh tahan juga cara polis di sana memerli orang yea. Apa la yang akan jadi kat kereta Lamborghini Huracan tu nanti.



