‘One-Time Subsidy’untuk pemilikan EV – Cadang MITI

one-time subsidy
One-Time Subsidy

Mengikut laporan Harian Metro, bagi menggalakkan perkembangan pemilikan kenderaan elektrik (EV) di negara ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah mengemukakan cadangan ‘One-Time Subsidy’.

Timbalan Menterinya berkata “Diperhatikan pemberian ‘One-Time Subsidy’ ini dapat menggalakkan rakyat beralih daripada menggunakan kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) kepada EV dan seterusnya membantu negara mengurangkan subsidi petrol untuk jangka masa panjang. Cadangan ini sedang diperhalusi oleh MoF”

Pada tahun lepas, di khabarkan jumlah jualan BEV Baharu dalam negara telah meningkat lebih 400 peratus iaitu sebanyak 13,257-unit berbanding jumlah jualan tahunan sebanyak 3,127-unit pada tahun 2022.

Setakat 31 Dis 2023, sejumlah 2,020-unit pengecas telah dipasang di 750 lokasi di seluruh negara, iaitu 1,591-unit adalah sejenis AC dan baki 429 unit, jenis DC.

Apakah perbezaan antara pengecas DC EV dan pengecas EV AC?

Beliau berkata cadangan untuk mengkaji semula sasaran 10,000-unit pengecas EV juga telah dibangkitkan dalam Mesyuarat NEVSC Bil. 1/2024 selain MITI bersama agensi berkaitan, Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii) dan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) sedang mengkaji dan memperhalusi kewajaran meningkatkan sasaran pengecas DC. 

Menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menyatukan bayaran perkhidmatan sistem pengecas EV dalam satu aplikasi, Liew berkata kerajaan memang berhasrat untuk mengadakan aplikasi dan menggabungkan semua aplikasi bagi pembayaran pengecas EV.

“Tetapi ia memerlukan kerjasama daripada pengendali pusat pengecasan (CPO) dan kerajaan dalam usaha untuk mengadakan perbincangan dengan pihak CPO bagi mewujudkan kebolehoperasian antara semua syarikat,” katanya.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *