
Pagi-pagi, hujan lebat pulak tu.. waktu kemuncak dan semua orang akan rushing ke tempat kerja atau menghantar anak-anak ke sekolah pasti akan mengalami masalah yang sama, cermin kereta kabur sewaktu hujandan ini akan menyukarkan pemanduan. Lagi kita turn on wiper, lagi kabur dibuatnya. Jadi saya cuba mencari solution di google.
Antaranya petuanya :-
- Manfaatkan “defrost” + AC + udara segar.
Ini antara langkah efektif, nyalakan AC, tekan butang defrost untuk menghala udara ke cermin hadapan, dan matikan mod recirculation agar udara luar yang lebih kering masuk. Ini membantu menyingkir kelembapan dalam kereta dengan cepat. Selain itu, sesetengah pemandu mendapati ini membantu mencairkan wap lebih pantas.

- Sesuaikan suhu dan kelajuan kipas
Anda juga boleh mencuba dengan menurunkan sedikit kelajuan AC agar suhu dalam kereta lebih seimbang dengan suhu luar, ia akan mengurangkan kondensasi. Boleh bantu juga tinggalkan sedikit tingkap terbuka untuk imbangan suhu. Ini kerana AC sejuk berfungsi mengurangkan kelembapan dalam udara dan membantu penguapan wap.

- Buka tingkap sedikit bila sesuai
Ini bermaksud, kita biar sebentar udara luar masuk supaya suhu di dalam dan luar sama aras, membantu menghilangkan kabus. Namun, Ketika hujan lebat, ini mungkin kurang berkesan.

- Jaga kebersihan cermin dan pelindung anti-fog
Rupanya ada cara nak jaga cermin ni, kita perlu lap cermin dengan kain bersih lint-free untuk keluarkan lapisan kotoran berminyak yang memerangkap air. Guna anti-fog spray atau cap water-repellent untuk melindungi cermin dari wap dan titisan air. Jangan guna produk pencuci wiper yang dicampur ke dalam tangka semburan, ini seolah-olah tak berkesan untuk anti-fog biasa.
- Patuhi penyelenggaraan asas dan aksesori berguna
Kita juga perlu periksa cermin depan dan wiper setiap 6 bulan, getah yang keras atau retak boleh menyebabkan penglihatan terjejas semasa hujan.
- Petua kreatif alternatif
Ada pakar yang lebih kreatif, mereka biasa menggunakan shaving cream (buih pencukur). Caranya lap tipis di atas cermin dan kemudian lap kering, ini dapat menghalang pemeluwapan.
Kesimpulannya, ada banyak cara mudah yang boleh anda cuba untuk memastikan pandangan lebih jelas ketika memandu. Dengan amalan penjagaan cermin, penggunaan anti-fog, serta tip kreatif seperti shaving cream, masalah cermin kabur sewaktu hujan dapat diatasi dengan lebih berkesan.
Related Articles
No comments yet! You be the first to comment.




