Porsche 911 GT3 2022 Dah Masuk Malaysia – Harga Bermula RM1.8 Juta

Pergh! Model Porsche 911 GT3 2022 (genersi ke-7) kini secara rasminya telah masuk ke pasaran Malaysia oleh pihak Sime Darby Auto Performance. Didatangkan dengan nadi boxer enam silinder 4.0-liter aspirasi natural, kereta hebat ini mempunyai 502 kuasa kuda (hp) dan mampu memecut sehingga 320 km/j selain mampu menghasilkan daya kilas 470 Nm dan 510 PS. Dah namanya kereta hebat, harga pun sudah mampu di tahap mampu tengok je kan? Bermula daripada harga RM 1.8 juta, kereta ini juga dikatakan mampu bergerak lebih pantas daripada model-model 911 GT3 RS yang sebelumnya.
Bagi peminat kereta model ini, sudah tentu mereka tahu bahawa ianya turut mewarisi beberapa ciri persis di litar lumba termasuk mempunyai suspense hadapan dengan double wishbone, sayap belakang yang boleh dilaraskan secara manual serta menjana lebih daya turun lebih-lebih lagi semasa dalam kelajuan tinggi di selekoh. Maksudnya, walaupun dipandu laju semasa di selekoh tu, kereta masih terasa stabil atau tidak ‘terangkat’.

Dari segi bentuk luaran, Porsche 911 GT3 2022 ini mempunyai badan dan roda yang lebih lebar dan besar, namun beratnya dikatakan 10 kilogram lebih kurang dari yang sebelumnya (1,435 kilogram). Jika di US atau pasaran peringkat global, terdapat 14 warna berlainan yang ditawarkan. Kalau pasaran Malaysia mungkin lebih sedikit kot.
Apa yang menarik tentang ruang dalaman (interior) pula ialah model ini menampilkan system infotainment 10.9 inci yang dilengkapi dengan system Porsche Communication Management (PCM) serta Porsche Track Prcision App yang mana ianya sangat membantu para pemandu untuk memaksimumkan prestasi mereka semasa pemanduan.
Pada yang berkenan dan berkemampuan, pra-tempahan model ini sudah dibuka di seluruh negara (Porsche Centre) dan harga pula bermula RM 1,766,244 sahaja (kira dekat RM 1.8 juta la senang).





