
Akibat gelombang haba terburuk dalam setengah abad, pembuat kereta elektrik Tesla dan Nio terpaksa menutup beberapa stesen pengecasan bagi menjimatkan tenaga.
Berikutan gelombang haba yang mencatatkan rekod terburuk serta kekurangan kuasa yang semakin meluas di negara China, lebih satu juta kenderaan elektrik (EV) terjejas di negara tersebut. Menurut pemilik kenderaan elektrik (EV) di sana, mereka hanya mengetahui bahawa mereka bakal menghadapi masalah untuk pengecasan melalui aplikasi pengecas masing-masing. Malah, penutupan stesen pengecasan juga ditutup sehingga Chongqing yang terletak kira-kira 200 batu di timur ibu kota Sichuan.

Selain itu juga, gelombang haba yang teruk ini bukan sahaja menjejaskan pemilik dan pengeluaran kereta elektrik, malah pihak Tesla juga telah menyekat pengecasan di beberapa stesen Supercharger di Chengdu dan Chongqing. Lagi parah, ada laporan yang mengatakan bahawa hanya dua stesen Tesla yang masih beroperasi sejak 17 Ogos selain ianya hanya dibuka pada waktu malam sahaja.
Jika melihat kejadian yang hampir sama tahun lepas, masalah kekurangan kuasa di lebih 10 wilayah di China juga telah menyebabkan berjuta-juta pemilik kenderaan elektrik tidak dapat menggunakan kereta mereka lantas menyebabkan permintaan terhadap kenderaan elektrik mula menurun. Tapi menurun pun tak lama sebab orang muda di negara China masih tetap anggap kenderaan elektrik ni merupakan sesuatu yang menarik.
Kata mereka, kekurangan tenaga telah mengehadkan pergerakan aktiviti perniagaan orang ramai dan menyebabkan waktu yang dihabiskan untuk memandu juga dapat dikurangkan dengan sewajarnya. Macam tu pula ya?
P/S: Guna kereta petrol atau diesel katanya boleh meningkatkan pencemaran pada alam sekitar. Tapi kalau pakai kereta elektrik pula boleh menyumbang kepada gelombang haba. Baik kayuh basikal sahaja kalau macam tu. Kan?




