Trafik Dijangka Sesak Teruk Di Lebuhraya Karak dan LPT1 Menjelang Aidiladha 2022

Mengikut data yang dikeluarkan oleh pihak ANIH Berhad, lebih daripada 2.3 juta kenderaan bakal ‘membanjiri’ Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) bermula dari hari Jumaat, 8 Julai 2022, sehingga Isnin, 11 Julai 2022, sempena perayaan Aidiladha tahun ini. Menurut Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad juga, purata harian kenderaan pada hujung minggu di KLK akan meningkat daripada 161,000 kepada 1.648 juta kenderaan, manakala di LPT1 pula meningkat daripada 65,000 kepada 704,000.
Daripada data tersebut, anda semua sudah boleh bayangkan peningkatan yang digambarkan adalah 10 kali ganda berbanding jumlah kenderaan pada waktu biasa. Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi trafik sesak kali ni? Demi keluarga yang tercinta dan untuk menyempurnakan ibadah korban, sudah tentu sanggup!
Perlu diingatkan, selain persediaan mental dan fizikal, ada lagi beberapa perkara yang anda perlu lakukan untuk menempuh trafik sesak ini:
1. Pastikan kenderaan anda telah di servis terlebih dahulu.
2. Pastikan baki e-Wallet, Touch ‘n Go dan SmartTag anda mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
3. Bawa makanan/minuman yang mencukupi supaya anda tidak perlu kerap berhenti.
4. Pastikan minyak kenderaan sudah diisi penuh sebelum memulakan perjalanan. Kalau tak berjam-jam pula menunggu giliran di stesen minyak.
5. Pastikan anda sudah keluarkan wang tunai secukupnya. Ingat, jangan berhenti di petak mengisi minyak tapi sebaliknya pergi cucuk duit di ATM. Mengamuk orang lain nanti.
6. Jangan lupa untuk lihat pada Jadual Cadangan Waktu Perjalanan sempena perayaan Hari Raya Aidiladha 2022 yang dikeluarkan oleh pihak ANIH Berhad:




