
Seorang wanita di Taiping, Perak telah menjadi topik hangat di kalangan warganet apabila wanita tersebut ‘naik minyak’ selepas berang motosikal miliknya bakal ditarik oleh ejen penarik kenderaan. Jangan main-main dengan akak ni!
Menerusi rakaman video yang tular, kelihatan wanita tersebut telah bertindak di luar kawalan apabila dia telah menyimbah petrol ke atas motosikal jenis Honda RSX tersebut untuk menunjukkan perasaan tidak puas hatinya kepada ejen tarik kenderaan. Dalam video tersebut juga, ejen penarik kenderaan menjelaskan mereka dari JCL Credit Leasing Sdn Bhd dan tujuan mereka mahu tarik motosikal itu adalah disebabkan oleh kesilapan wanita itu sendiri yang gagal melunaskan bayaran motosikal anaknya selama 20 bulan.

Sumber imej: malaysiagazette.com
Susulan daripada kejadian ini, pihak polis telah menerima laporan dan telah membuat tangkapan ke atas wanita yang berusia 40-an itu. Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya telah menerima laporan kejadian daripada seorang lelaki dan telah menahan suspek di perkarangan Balai Pokok Assam sekitar jam 7.30 malam pada hari yang sama.
Menurut beliau lagi, suspek akan dibawa ke mahkamah dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan. Kesian, niatnya nak tunjuk perasaan tidak puas hati namun malangnya sekarang sudah menjadi kes polis. Semoga kejadian ini boleh dijadikan ikhtibar kepada kita semua.
Apa komen anda?



