Jangan ‘Terbeli’ Kereta Banjir

Source: blog.muv-x.com

This article is published in English here

Pernah pasang niat nak beli kereta second hand pada hujung tahun dengan harapan dapat banyak diskaun? Atau sebab wakil penjual kereta jual murah sebab harga kereta turun mendadak sempena tahun baru yang bakal tiba? Awas kalau harga kereta yang ditawarkan tu terlalu murah. Takut anda sebenarnya ditipu dan akhirnya ‘terbeli’ kereta banjir. Jom jadi bijak!

1. HIDU BAU

Sekiranya anda rasa kereta tu ada bau kepam atau bau kulat maksudnya kereta tu pernah rosak akibat banjir. Senang je, masa test-drive tu anda tutup pintu dan tingkap kereta, kemudian tarik nafas dalam-dalam. Sekiranya dalam kereta tu siap ada car perfume dan moisture absorber, sila hati-hati. Takut penjual tu sedang cuba untuk hapuskan bau yang kuat. Suspicious mat saleh kata. Tu kalau anda mempunyai deria hidu yang tajam la. Kalau anda spesis yang yang mempunyai masalah deria bau, baik tak payah cuba hidu persis anjing polis tu. Silap-silap member kentut kat sebelah pun tak dapat hidu. Action je lebih.

 2. PERIKSA KEROSAKAN

Ada 4 ciri utama yang perlu anda periksa. Karat, kelembapan, fabrik dan karpet kereta. Paling mudah anda buka bonet, periksa bahagian dalaman tempat penyimpanan tayar spare tu. Kat situ biasanya ramai orang terlepas pandang. Anda boleh tengok ada tak kesan kakisan dan karat. Sila check sekiranya warna karpet atau fabrik menjadi agak pudar atau tidak sekata. Andai kata kereta tu baru je 3 tahun tapi karpet telah ditukar baru, pasti ada yang tak kena bukan?

 

3. LAMPU KERETA BERPELUH

Lampu kereta berpeluh? Jaga-jaga la yea. Itu tandanya air telah atau pernah berkumpul kat dalam. Kereta terpakai ni bukan ibarat Bumblebee atau Herbie yang ada perasaan dan air mata. Jangan nak drama sangat okey? Kalau siap nampak ada keladak, lumut atau lumpur kat dalam lampu tu, sila abaikan kereta tersebut dan pilih yang lain.

4. PERIKSA BAWAH TEMPAT DUDUK & KERETA

Source: wapcar.my

Cara terbaik untuk elak dari tertonggeng semasa periksa bawah kerusi kereta ialah dengan menggunakan cermin. Cari tanda karat atau kesan menggelupas, juga boleh tengok kesan lumpur pada besi kerusi tu. Selain bawah kerusi, bahagian penting lain yang anda harus periksa ialah bahagian bawah kenderaan itu sendiri. Agak mustahil kalau kereta yang berusia bawah 5 tahun, tapi berkarat seperti dah 15 tahun kan? Kecuali kalau kereta tu pernah ditenggelami air.

5. PERIKSA MINYAK ENJIN

Source: carsome.my

Minyak enjin biasanya berwarna gelap. Sekiranya anda dapati warna minyak enjin agak pucat seakan kopi susu atau susu coklat, itu bermaksud minyak enjin tersebut pernah terjejas akibat banjir. Anda juga boleh periksa kelikatan minyak enjin tu. Kalau agak melekit seakan gam, itu juga menandakan minyak enjin tersebut sudah tercemar.

Okay, selain cara di atas, anda juga boleh pantau beberapa perkara di bawah, untuk memastikan anda tidak terbeli kereta banjir:
A – Bawa pakar. Kalau ada kawan mekanik, boleh minta khidmat dia untuk memudahkan kerja anda. Tapi mestilah dari orang yang anda percayai. Jangan la main hentam je. Silap-silap dia pun dapat komisen kalau kereta tu anda beli.
B – Lihat nombor pendaftaran dan dari mana asal kereta tersebut. Andai dari negeri-negeri yang baru sahaja mengalami banjir, dan tarikh jualan kereta pun selepas banjir, sila elakkan awal-awal yea. Mencegah lebih baik dari mengubati.
C – Zaman moden ni, sila la rajinkan diri untuk cari info berguna. Cuba buat perbezaan harga kereta yang sama jenis dan tahun sekali. Andai kereta yang ditawarkan tu terlampau murah, anda jangan mudah terpedaya. Normal sangat kalau dengar alasan nak jual sebab pemilik asal nak ke luar negara la, nak pakai duit segera la. Pedahal semua tu tipu je.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *