Patutlah Jalan Ke KL Sentral Jem. Rupanya Sebab Kereta Kebal

Pada pagi Jumaat, 26 Ogos 2022, rata-rata pengguna jalan raya dari susur Carcosa menuju ke KL Sentral mengalami kesesakan teruk. Rupa-rupanya, punca kesesakan jalan raya yang teruk itu berpunca daripada sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut laman Facebook Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kejadian yang berlaku pada 10.27 pagi itu berjaya dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Dalam rakaman itu, kita dapat melihat sebuah kereta kebal rosak dan menyebabkan lorong jalan tengah terhalang sehingga trafik sesak.

Untuk pengetahuan, kereta kebal itu merupakan kereta kebal jenis PT-91M yang dikenali sebagai “Pendekar”. Dengan berat 45.9 tan, ia merupakan kereta kebal buatan Poland yang dimiliki oleh Kor Armor Diraja, Tentera Darat Malaysia. Selain mempunyai kemampuan mobility dan armour, ia juga turut mempunyai kuasa tembak daripada meriam jenis Smoothbore 2A46MS berkaliber 125mm buatan Slovakia yang mampu memusnahkan kereta kebal lain dalam jarak sehingga lima kilometer. Hebat tak?

Mesti ramai yang tertanya, macam mana sebuah kereta kebal boleh melalui jalan raya awam kan? Sebenarnya, kereta kebal dengan nama “Pendekar” tu dalam perjalanan dan terlibat dengan raptai sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65. Tetapi malangnya kereta kebal itu mengalami sedikit kerosakan sehingga terpaksa ditunda oleh sebuah lagi kereta kebal lain. Nasib baik la mereka yang terlibat cepat-cepat bergegas ke lokasi selepas menerima aduan dan maklumat insiden tersebut. Kalau tak macam mana nak tunda kenderaan berperisai dengan berat hampir 50 tan tu.

Kalau hari tu pernah tular “King Myvi” pernah tunda lori. Kali ni “King Myvi” pun tak dapat nak tolong. Berat sangat awak ni. Kita jumpa di sambutan Hari Kemerdekaan la yea..

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *