
Merdeka dan kereta klasik di Ipoh menjadi tema istimewa pada 17 Ogos 2025, terdapat lebih 60 buah kenderaan klasik dan vintaj telah berkumpul di Royal Ipoh Club sempena Merdeka Gala Gathering 2025. Dianjurkan bersama Royal Ipoh Club dan Perak Classic Drivers (PCD), majlis diibaratkan seperti penyatuan di antara sambutan bulan kemerdekaan bersama geng otai yang memang minat kereta klasik yang sangat jarang kita nampak di jalan raya di Malaysia.

Apa kenderaan klasik yang ada pada hari tersebut? Antaranya Mercedes Benz 170DS (tahun 1953), Mercedes Benz W126 & 123, Volkswagen Beetles dan Volkswagen Combi (kereta Scooby-Doo), selain beberapa kereta klasik lain daripada pelbagai jenama seperti Austins, BMW, Porsche, Fiat, MG, Toyota, Honda, Morris Minors dan Triumph. Yang penting, kesemua kenderaan yang turut sebenarnya telah pun berusia lebih daripada 25 tahun!

Untuk pengetahuan semua, Perak Classic Drivers (PCD) ini bukan kelab kereta yang biasa-biasa. Sebab, mereka lebih kepada satu keluarga besar yang menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama namun dengan satu minat yang sama – kereta klasik. Maka tidak hairanlah jika majlis pada hari itu begitu meriah dengan perasmian daripada Presiden Royal Ipoh Club, Encik JP Hari Krishnan serta pengacara majlis yang sangat spontan dan kelakar, iaitu Encik KT Pillai.
Selepas itu, mereka turut mempunyai sesi berkongsi tips seperti di mana mereka boleh dapatkan alat ganti untuk kereta klasik dan juga road tax exemption untuk kenderaan lama selain menceritakan pengalaman masing-masing tentang bagaimana mereka boleh mula jatuh hati dengan kereta klasik. Antara tiga sebab utama adalah:
- Sejarah – kereta klasik boleh diibaratkan seperti muzium bergerak yang mana setiap satunya mempyai memori dan sejarah tersendiri.
- Pelaburan – Ramai yang tak tahu bahawa kadangkala harga sesebuah kereta klasik boleh jadi macam harga emas. Ada masanya naik sampai tak masuk akal.
- Kebanggaan – Bayangkan anda memandu kereta klasik yang masih berkilat seperti baharu dan tidak pernah ditemui di jalan raya Malaysia? Mestilah bangga bila ada mata-mata yang memandang kagum di lampu isyarat kan? Silap-silap boleh jadi ‘content’ dan jadi ‘background’ untuk swafoto.

Ada satu perkara lagi yang harus anda tahu. Majlis ini sebenarnya turut mendapat tajaan utama daripada pihak X-1R Global, iaitu aditif dengan kajian saintifik yang mampu membuatkan enjin lama terasa baharu! Bukan sekadar sembang kosong, sebab X-1R Global juga telah bekerjasama dengan NASA selama 30 tahun! Siap masuk NASA Hall of Fame lagi sebab teknologi yang digunakan oleh X-1R Global ternyata sungguh hebat. Bayangkan kalau NASA pun yakin dan gunakan X-1R untuk space crawler seberat 3000 tan mereka, maka ianya cukup ‘berkuasa’ untuk si Alfa Romeo klasik. Bahkan, ada geng otai kereta klasik berkata, “Kalau NASA pun pakai X-1R, kereta klasik aku pun nak pakai!”

Merdeka dan kereta klasik di Ipoh bukan sekadar pameran kenderaan, tetapi simbol sejarah, kebanggaan, dan perpaduan rakyat Malaysia.




