KUOTA SUBSIDI TIBA-TIBA HABIS WALAUPUN TAK PERNAH GUNA? SEMAK SEKARANG!

Baru-baru ini saya sendiri mengalami situasi yang agak mengejutkan.

Saya hanya jarang-jarang isi minyak sebab saya memang bekerja dari rumah sahaja (WFH). Namun semasa di stesen minyak, saya dimaklumkan bahawa saya perlu bayar harga penuh kerana kuota subsidi saya untuk bulan tersebut sudah habis digunakan.

Situasi ini buat saya mula tertanya-tanya. Bagaimana kuota boleh habis sedangkan penggunaan saya sangat terhad? Keluar rumah pun jarang-jarang, macam mana kuota 200 liter minyak boleh habis?

Dari situ saya mula belajar cara untuk semak dan pantau penggunaan subsidi supaya perkara begini boleh dikesan lebih awal. Bukan apa, sebab sudah banyak kes dilaporkan yang mana ada individu lain  yang salah guna nombor MyKad orang lain untuk kegunaan mereka.

Cara Semak Penggunaan Subsidi & Transaksi

Kalau anda pengguna subsidi (contoh melalui sistem seperti BUDI MADANI atau sistem MyKad yang berkaitan), ini beberapa cara yang boleh anda semak:

1. Muat turun aplikasi MyDigital ID.

  • Daftar MyDigital ID menggunakan e-mel.
  • Imbas MyKad anda dan buat imbasan wajah untuk pengesahan.

2. Guna portal rasmi (contoh: BUDI MADANI)

3. Scan QR / aplikasi stesen minyak (jika disokong)

  • Sesetengah sistem akan paparkan transaksi bulanan, tarikh dan masa isi minyak, jumlah liter dan status subsidi digunakan atau tidak seperti contoh di bawah:

4. Semak resit setiap kali isi minyak

  • Simpan rekod sendiri
  • Bandingkan dengan penggunaan bulanan biasa anda

Tanda-Tanda Kuota Anda Mungkin Disalahgunakan

Ini antara “red flag” yang anda perlu beri perhatian:

  • Kuota habis lebih awal daripada biasa
  • Ada transaksi di lokasi yang anda tidak pernah pergi. Contoh: anda tinggal di KL, tapi rekod tunjuk isi minyak di Alor Setar
  • Jumlah liter atau kekerapan isi minyak tidak masuk akal dengan rutin anda
  • Anda yakin tidak pernah guna IC atau sistem pada tarikh tersebut

Kalau perkara seperti ini berlaku, ia bukan sesuatu yang patut diabaikan. Ia boleh jadi tanda maklumat anda digunakan tanpa kebenaran atau berlaku kesilapan sistem yang perlu disemak segera.

Apa Yang Anda Boleh Buat Jika Mencurigakan

  • Semak semula semua rekod penggunaan dengan teliti
  • Hubungi talian rasmi BUDI MADANI untuk pengesahan
  • Buat laporan jika ada transaksi yang tidak dikenali
  • Simpan bukti seperti screenshot atau resit
  • Pertimbangkan laporan polis jika benar-benar ada unsur penyalahgunaan identiti

Kena Lebih Peka

Tujuan saya berkongsi bukan untuk menuduh sesiapa, tetapi untuk meningkatkan kesedaran. Subsidi ini adalah bantuan yang sepatutnya sampai kepada pengguna sebenar. Jika ada pihak yang menyalahgunakan sistem atau maklumat orang lain, ia bukan sahaja merugikan individu, tetapi juga menjejaskan kepercayaan kepada sistem bantuan itu sendiri.

Lebih awal kita semak, lebih mudah kita kesan perkara yang tidak kena. Betul tak? Jangan sampai ada lagi kes-kes seperti yang dilaporkan di bawah:

Sumber: tiktok.com/@malaysiagazette

Sumber: sinarharian.com.my

Sumber: instagram.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *