‘AirCar’ Boleh Berubah Daripada Kereta Kepada Pesawat Dalam Masa Tiga Minit
‘AirCar’ boleh berubah daripada kereta sports kepada kereta terbang dalam hanya tiga minit!

Beberapa hari lepas, ‘AirCar’ telah pun lulus ujian keselamatan di Slovakia selepas melakukan 200 ujian berlepas dan mendarat dengan selamat. Dengan pencapaian yang ditonjolkan, pihak pengeluar kenderaan ini yakin bahawa AirCar mampu menjadi kereta terbang terbaik untuk masa hadapan.
Walaupun harga kereta terbang ini masih belum diumumkan secara rasmi, namun desas-desus mengatakan bahawa ia bakal dijual dalam masa 12 bulan akan datang pada harga sekitar US$ 700,000 (RM 2,942,310). Adakah berbaloi untuk memiliki kereta terbang AirCar ni? Mungkin berbaloi bagi orang kaya yang sudah mempunyai lesen juruterbang persendirian atau orang kaya yang tak takut gayat kerana kereta terbang ini mampu memecut sehingga 100 mph (161 km/j) dan terbang sehingga 8,000 kaki di udara.

Sebelum ini, ramai yang terpegun melihat satu video tentang kereta terbang dengan enjin BMW itu yang dipandu di landasan, melakukan penerbangan sebelum mendarat semula di landasan sambil melipat sayapnya di Slovakia. Memang semua yang melihat video itu akan kagum dengan kecanggihan yang ada pada AirCar. Sebab sebelum ni mana ada ‘pesawat’ yang boleh menggunakan jalanraya biasa kan?
Tonton video penuh di bawah:


