Audi Perkenalkan Logo Baharu. Tapi Peminat Audi Pula Sakit Hati.

Logo empat cincin Audi. Rekaan yang sangat ringkas namun tetap menjadi antara logo paling dikenali di seluruh dunia. Malah Audi juga turut mempunyai peminat tersendiri sehingga mereka hanya akan membeli kenderaan keluaran Audi berbanding jenama kenderaan yang lain.
Terbaru, Audi telah memperkenalkan rekaan logo baharu yang beralih daripada bentuk 3D kepada rekaan 2D yang kononnya lebih moden. Namun, selepas logo baharu diperkenalkan, ramai pula peminat Audi yang sakit hati. Kenapa?
Menurut beberapa pengkritik, perubahan pada rekaan Audi itu membuatkan ianya kelihatan murah, hanya seperti satu tampalan biasa. Pengkritik lain juga turut mempunyai pendapat yang sama di mana mereka lebih suka rekaan logo Audi terdahulu yang menggunakan lencana fizikal (3D) yang boleh dirasa dengan sentuhan tangan berbanding rekaan tampal (2D) yang seperti sticker murah.

Selain itu, ada juga peminat Audi yang mengatakan bahawa rekaan logo terbaharu kelihatan terlalu ringkas dan sederhana malah ada juga berpendapat bahawa Audi sekarang bakal mengikut acuan sama seperti Volkswagen.

Untuk pengetahuan, logo baharu itu telah pun dipaparkan pada kenderaan Audi baharu, tetapi syarikat itu hanya mula menyerlahkan reka bentuk semula di laman webnya, menyifatkan ia sebagai “lebih tulen, lebih pengurangan, lebih konsisten”. Simbol monokrom baharu menampilkan empat cincin yang sama, tetapi hilang rupa serong berkilat.
Walaupun banyak menerima kritikan daripada ‘geng Audi’ namun lain pula pendapat pihak Audi sendiri semasa mereka mencipta logo tersebut. Menurut pihak Audi pula, mereka ingin logo empat cincin itu kelihatan sama di mana-mana sahaja, samada di kenderaan mereka, dalam majalah, dalam telefon pintar atau papan iklan, termasuk di dalam atau di luar kereta Audi sendiri. Sebab itulah mereka lebih memilih untuk menggunakan rekaan 2D.
Ada peminat Audi tak? Apa pendapat anda pula?




