Biasanya, pelbagai jenis biskut yang akan muncul lebih-lebih lagi bila dah nak dekat dengan Hari Raya. Apa kata untuk tahun 2021, kita cuba dengan sesuatu yang agak ‘rare’. Dekat negara luar, dah ramai ‘mat seleh’ yang cuba. Ada yang kata menjadi, lebih-lebih lagi kalau suhu memang panas. Jadi ada tak netizen kita yang nak cuba buat? Kan cuaca Malaysia memang panas. Mana tahu boleh ‘trending’ biskut ni macam air dalgona masa PKP 2020?

Resipi biskut dashboard:
2 ½ cawan tepung serbaguna
1 sudu kecil baking soda
Sedikit garam
1 cawan mentega
¾ cawan gula
¾ cawan gula perang
1 sudu kecil vanilla
2 telur
Cara-cara:
Campurkan semua bahan di atas, gaul bersama dan selepas tu tambahkan chocolate chips kalau anda mahu. Susun adunan biskut atas dulang pembakar. Letak di atas dashboard kereta selama 4 jam (suhu luar 35° Celsius / 95° Fahrenheit, dalam kereta boleh mencapai sehingga 93° Celsius / 200° Fahrenheit). Kemudian, biskut sedia untuk dihidang!

Walaupun kelihatan mudah, tapi pelbagai reaksi yang diberikan oleh orang yang pernah mencubanya. Ada yang kata dia paling suka buat biskut dashboard, sebab apabila dia membuka pintu keretanya, bau biskut tu memang sangat sedap. Namun ada juga yang mencuba dan bersumpah tidak akan pernah buat biskut dashboard ni lagi. Kenapa? Sebab tekstur biskut yang jadi agak lembik atau ‘chewy’ selain rasa biskut tu hilang kerana katanya bau kereta seakan melekat di adunan biskut tu. Ew!
Seorang lelaki ni pernah mencubanya. Lihat reaksi yang diberikan. Sangat kelakar. Anda boleh lihat video penuh di bawah:





