Ciri Keselamatan Penting Bagi Pemandu Wanita. No 5 Selalu Terlepas Pandang.


Wanita sering dijadikan mangsa atau ‘target’ bagi penjenayah, termasuk serangan seksual, rompakan dan juga kecurian kereta lebih-lebih lagi bagi yang sering memandu keseorangan. Bagi memastikan keselamatan terjamin, amat penting bagi anda untuk membaca beberapa ciri keselamatan di bawah yang sering dipandang remeh:

1. Intai Tempat Duduk Penumpang Belakang.

Kebiasaannya, ramai yang masuk ke dalam kereta tanpa melihat di bahagian penumpang belakang kan? Namun tahukah anda ada banyak kes dilaporkan di seluruh dunia yang mana penjenayah menyelinap masuk dan bersembunyi di bahagian belakang kereta? Mereka hanya menunggu peluang dan kebiasaannya kes terjadi pada pemandu wanita yang berhenti di kawasan stesen minyak atau kawasan rehat sementara. Jangan ingat hantu je suka menumpang kereta. Penjenayah lagi bahaya dari hantu tau.

2. Terus Kunci Selepas Masuk Dalam Kereta.

Tak kira betapa sibuknya anda, pastikan sejurus selepas masuk dalam kereta, anda kena terus kunci pintu kereta. Lepas dah kunci tu baru boleh nak betulkan rambut ke, tudung ke, nak selfie atau nak pakai makeup sekalipun, pastikan kereta sudah siap dikunci. Sebab, banyak kes jenayah termasuk kecurian kereta atau carjacking berlaku apabila si pemandu lupa untuk terus kunci pintu semasa berada di dalam kenderaannya. Memang senang sangat nak target kaum hawa ni. Kalau pencuri ambil kereta sahaja kira okey lagi. Kalau dengan tuan kereta pun mereka rembat? Bahaya!

 

3. Jangan Terus Berhenti Jika Ada Pengguna Jalanraya Lain Bagi Isyarat.

Sebelum ini pihak polis pernah memberi amaran tentang teknik jenayah samun, di mana kebiasaannya akan ada pengguna jalanraya lain (biasanya motosikal) yang akan tunjukkan sesuatu pada tayar kereta mangsa. Jangan tertipu, sebab biasanya dalam fikiran mangsa mesti ada sesuatu yang tak kena pada tayarnya bukan? Cara terbaik adalah jangan terus berhenti. Abaikan sahaja lebih-lebih lagi jika mereka beriya tunjuk. Malah ada yang kata ada bunyi kucing dan sebagainya. Orang kata baik ada makna. Jika rasa tak sedap hati, cuba pergi pada kawasan yang ramai orang sebelum periksa sendiri.

4. Jaga Jarak Dengan Kereta Hadapan Apabila Berhenti Di Lampu Isyarat

Semasa berhenti di lampu isyarat, sila jaga jarak kereta anda dan juga kereta hadapan. Jangan ikut rapat sangat. Sebab, sekiranya tiba-tiba ada percubaan untuk samun, anda masih lagi mampu untuk cuba bergerak ke depan sebelum meminta pertolongan. Kebiasaannya, jika kereta kita terlalu rapat dengan kereta hadapan, penjenayah akan tahu bahawa pergerakan kereta kita terbatas untuk bergerak atau cuba menyelamatkan diri. Teringat pula kisah pemandu wanita kejar dan langgar peragut sebab bengang.

5. Jangan Letak Barangan Berharga Di Tempat Yang Boleh Dilihat

Tolong la jangan buat lagi. Ramai sangat pemandu wanita yang suka letak beg tangan dia kat seat penumpang sebelah. Kalau cermin kereta agak gelap, mungkin la selamat sebab orang dari luar tak nampak sangat. Tapi kalau cermin kereta jenis macam cermin akuarium tu. Haaa…Segala benda dalam kereta tu orang boleh nampak. Apa salahnya kalau simpan dalam bonet kereta?

6. Perhatikan Kereta Di Belakang. Jangan Sampai Diekori Tanpa Sedar.

Semasa memandu, lebih-lebih lagi jika keseorangan, sila awasi dan peka dengan keadaan sekeliling. Sesekali perhatikan juga kereta belakang, takut ada yang sedang mengekori tanpa sedar. Jika rasa tak sedap hati, cuba guna laluan berlainan, tetapi pastikan laluan tersebut juga laluan yang anda sudah biasa gunakan. Jika nak lebih selamat, cari mana-mana balai polis berdekatan dan masuk dalam kawasan balai. Mungkin anda ada sesuatu yang diinginkan oleh penjenayah tu.

7. Berhati-Hati Semasa Berada Di Stesen Minyak

Siapa sangka, stesen minyak kerap dijadikan lubuk untuk mencari mangsa, lebih-lebih lagi wanita. Sekitar tahun 2015, pernah ada seorang wanita yang hamil kongsikan beliau didekati lelaki yang bukan pekerja stesen minyak. Lelaki tersebut bertindak ‘menolong’ wanita terbabit tetapi nasib baik wanita itu jenis peka. Dia terus mengunci kereta dan masa nak keluar, lelaki tersebut mengekorinya dari belakang. Disebabkan wanita itu rasa tak sedap hati, terus dia masuk ke kawasan balai polis berdekatan.

Dalam satu kes lain pula baru sahaja berlaku tahun lepas, di mana seorang wanita telah mengisi minyak di Mentakab, tanpa mematikan enjin kenderaan terlebih dahulu. Hasilnya, seorang lelaki telah melarikan kereta mangsa. Mangsa cuba menghalang sebelum jatuh tergolek dan mengalami kecederaan. Confident sangat akak ni isi minyak tapi tak matikan dahulu enjin kereta. Facepalm akak oii..

Lain kali hati-hati dan selalu peka dengan keadaan sekeliling. Boleh jadi lelaki yang tersenyum di kereta sebelah bukan nak mengorat, tapi sedang fikir untuk jadikan anda mangsa seterusnya.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *