Nissan GT-R R35 Unit Terakhir: Tamatnya Era Ikonik Godzilla

Selepas 18 tahun di pasaran, akhirnya Nissan GT-R R35 unit terakhir keluar dari kilang di Tochigi, Jepun. Model ini ialah Premium Edition T-Spec berwarna Midnight Purple, warna lagenda dalam dunia Skyline dan GT-R.

Dilancarkan pada tahun 2007, GT-R R35 digelar “Godzilla” kerana prestasi luar biasa serta keupayaannya menandingi supercar dengan harga lebih mampu milik. Sepanjang hampir dua dekad, Nissan berjaya menghasilkan sekitar 48,000 unit GT-R R35, menjadikannya salah satu model GT-R paling lama berada dalam produksi.

Imej kredit : global.nissannews.com

Kisah Unit Terakhir GT-R R35

Unit terakhir bukan sekadar sebuah kereta. Ia adalah simbol legasi Nissan dan kepakaran jurutera Takumi yang membina enjin VR38DETT secara manual. Warna Midnight Purple pula memberi penghormatan kepada model Skyline GT-R terdahulu.

Two cars driving on the road with an infographic highlighting the R35 GT-R’s Fast Facts.
Imej kredit : global.nissannews.com

Masa Depan Nissan GT-R: Adakah R36 Menyusul?

Nissan GT-R50 Lap Italian Race Track Lead
Imej kredit : www.motor1.com

Persoalan besar kini timbul: apakah GT-R benar-benar berakhir di sini? Menurut pihak Nissan, nama GT-R tidak akan hilang. Walaupun tiada tarikh rasmi diumumkan, spekulasi menyebut generasi seterusnya, yang digelar Nissan GT-R R36, mungkin akan hadir sekitar 2030.

Ada kemungkinan GT-R R36 menggunakan teknologi plug-in hybrid atau elektrik sepenuhnya. Namun, Nissan masih berdiam diri mengenai butiran sebenar.

Keluarnya Nissan GT-R R35 unit terakhir menandakan berakhirnya satu era penting dalam dunia kereta sport Jepun. Sama ada generasi R36 akan meneruskan legasi atau tidak, satu perkara pasti nama GT-R akan terus terpahat dalam sejarah sebagai simbol kelajuan, teknologi, dan jiwa pemanduan sejati.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *