Honda Perkenalkan All-New City Hatchback V-SENSING. Harga Bermula RM 91,709


- Varian baru Honda All-New City Hatchback V-SENSING
- Bermula daripada RM 91,708.51
Honda Malaysia baru sahaja memperkenalkan varian baharu All-New City Hatchback iaitu V-SENSING. Pada harga bermula RM 91,708.51, varian baharu ini nampaknya sangat sesuai untuk eksekutif muda dan juga keluarga yang mempunyai gaya hidup aktif, selain sesuai untuk mereka yang suka menikmati perjalanan yang lebih sporty dan santai untuk perjalanan harian mereka. Varian baharu ini dilengkapkan dengan Honda SENSING, iaitu ciri keselamatan terlengkap dan terunggul dalam kelasnya.
Menurut CEO dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, “Sejak bertahun-tahun, City memang terkenal dengan teknologi dan ciri keselamatannya yang canggih. Kami memperkenalkan varian City V-SENSING kepada barisan City pada November 2021, dan rekod kami menunjukkan bahawa ia telah diterima baik dalam segmennya.
Untuk suku pertama (Q1) 2022 sahaja, City V-SENSING telah berjaya menyumbang sebanyak 34 peratus kepada jumlah jualan City, yang menunjukkan perkembanngan positif untuk varian ini dan juga pengiktirafan kepada Honda SENSING, sebagai teknologi keselamatan termaju Honda. Oleh itu Honda sangat teruja untuk memperkenalkan varian V-SENSING kepada All-New City Hatchback. Kami percaya bahawa dengan dua varian City Hatchback serba baharu yang kini dilengkapi dengan Honda SENSING, ia akan memberikan mutu yang lebih baik untuk pelanggan kami selain meningkatkan penanda aras dalam segmen.”
Untuk pengetahuan, teknologi Honda SENSING dibangunkan untuk merealisasikan visi kenderaan tanpa perlanggaran yang menggunakan kamera pandangan hadapan yang lebih lebar, lebih mengenali sempadan jalan pada waktu siang dan keadaan pemanduan pada waktu malam. Antara sistem keselamatan bantuan pemandu dalam All-New City Hatchback V -SENSING ialah:
1. Adaptive Cruise Control (ACC)
2. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
3. Forward Collision Warning (FCW)
4. Lane Keep Assist System (LKAS)
5. Road Departure Mitigation (RDM)
6. Lane Departure Warning (LDW)
7. Auto High Beam (AHB)
Bagi yang berminat nak mendapatkan kereta ni mesti akan tertanya-tanya berkenaan dengan enjin kan? Untuk All-New City Hatchback V-SENSING baharu dilengkapi dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan transmisi Continuous Variable Transmission (CVT). Kereta ini mampu untuk menghasilkan sehingga 121PS (tertinggi dalam kelasnya) dan 145Nm tork. Selain selesa untuk dipandu, model baharu ini juga menawarkan kecekapan bahan api yang luar biasa.
Sekiranya anda nak tahu dengan lebih lanjut tentang model All-New City Hatchback V-SENSING, pelanggan boleh terus membuat tempahan pada 102 pengedar sah Honda di seluruh Malaysia atau boleh juga hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang rasmi Honda Malaysia di www.honda.com.my.




