Jumlah Kemalangan Jalanraya Sepanjang Raya Aidilfitri 2022

Sepanjang Raya Aidilfitri 2022, banyak perkara yang mengejutkan terjadi, bermula daripada ‘raya terkejut’, kesesakan jalanraya yang teruk dan jumlah kemalangan jalanraya yang meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bayangkan, tanggal pada 1 Syawal sahaja, sebanyak 28 kematian akibat kemalangan jalanraya dilaporkan di seluruh negara dengan penunggang dan pembonceng motosikal mencatat angka kematian tertinggi.

Menurut laporan yang dikeluarkan Op Selamat 18 (bermula 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022), sebanyak 113 kes kematian direkodkan akibat kemalangan jalanraya sepanjang enam hari Op Selamat 18 dilancarkan. Kemudian, Op Selamat 18 turut melaporkan peningkatan kepada 141 kematian pada hari kelapan.

Lebih mengejutkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata sepanjang tempoh sama juga, terdapat peningkatan kepada 12,985 kemalangan yang dilaporkan berlaku di seluruh negara pada Op Selamat tahun 2022 dengan jumlah kemalangan tertinggi berlaku di Selangor, Johor dan Perak.

Apabila melihat kepada kesalahan utama pula, antara kesalahan paling tinggi adalah memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong barisan, menggunakan alat telekomunikasi, memotong di garisan berkembar serta memandu di lorong kecemasan. Menurut kenyataan daripada Timbalan Ketua Polis Negara juga, “Statistik kemalangan Op Selamat 18 meningkat berbanding Op Selamat 15 pada 2019 yang mencatatkan 12,500 kemalangan dengan 128 kemalangan maut dengan 136 kematian, manakala penyumbang kepada kes kematian tertinggi (lebih 80 kes) pula datangnya dari penunggang dan pembonceng motosikal.”

Namun begitu, antara banyak-banyak kes kemalangan maut yang terjadi sepanjang Raya Aidilfitri tahun ini ialah beberapa hari lepas, negara kita dikejutkan dengan tragedi kemalangan maut yang melibatkan lima rakan yang juga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran ‘laluan panas’ atau jajaran maut di Terowong Menora. Dalam kejadian tersebut, lima rakan itu rentung selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan bersama dua buah treler bermuatan besi dan mozek. Al-Fatihah dan takziah diucapkan kepada keluarga dan kenalan mangsa.

Rakyat Indonesia Diseru Jangan Balik Beraya Dengan Motosikal

Kenapa?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *