Majikan Arah Pekerja Isi BUDI95: Amaran Keras Dari Menteri Komunikasi

MAJIKAN JANGAN PANDAI-PANDAI SURUH PEKERJA ISI PETROL BUDI95 UNTUK KERETA SYARIKAT!

Nampaknya ada lagi majikan yang “kreatif” majikan arah pekerja isi BUDI95 untuk kereta syarikat. Hello bos, itu subsidi rakyat marhaen, bukan subsidi korporat ya!

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pun dah bagi amaran keras bahawa majikan tidak boleh mengarah pekerja untuk menggunakan petrol subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk kenderaan milik syarikat. Kalau ada bos berani buat juga, pekerja boleh terus buat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Jangan diam je!

“Boleh buat laporan kepada pihak KPDN atau maklumkan kepada pihak berwajib untuk tindakan,” kata Fahmi dengan nada tegas.

Semua ni timbul sebab satu video tular kononnya ada pekerja syarikat kurier isi minyak kereta majikan dengan menggunakan bantuan BUDI95. Bila disiasat, rupanya pekerja tu dah pun “salah isi” dan dah minta maaf. Majikan syarikat pun mengaku, sebenarnya mereka memang ada fleet card, jadi tak patut pun guna subsidi rakyat. Nasib baik cepat selesai masalah ni.

Datuk Fahmi Fadzil juga siap arahkan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk menghubungi majikan tu terus. Laju mereka buat kerja kan? Syarikat kurier tu pun dah bagi penjelasan kepada MCMC semua sudah jelas.

Tapi bukan setakat tu sahaja, Datuk Fahmi Fadzil juga berkata dia dah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspres Malaysia (AMEC). Mereka  tengah fikir cara nak bantu pekerja gig (macam rider, courier freelance, dan geng ekonomi gig lain) supaya dorang pun boleh layak dapat BUDI95 dengan cara yang sah.

“Kementerian Kewangan tengah teliti kemungkinan nak bagi kuota BUDI95 untuk pekerja gig,” katanya lagi. Harap-harap jadi kenyataan lah ya, sebab geng delivery ni memang banyak berjasa panas hujan pun redah.

Untuk pengetahuan, dengan subsidi bersasar BUDI95, lebih 16 juta rakyat Malaysia dapat isi minyak RON95 pada harga RM1.99 seliter je, berbanding RM2.60 tanpa subsidi. Jimat kan? Tapi jimat pun kena betul cara juga dan yang penting, jangan sampai ada lagi kes majikan arah pekerja isi BUDI95 untuk kenderaan syarikat!

sumber imej : ecentral.my , thevocket.com

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *