Golf GTI Sepang Edition – Gabungan Adrenalin Litar & Bersedia di Jalan Raya!

Bagi peminat Volkswagen Golf dan pencinta adrenalin, kini hadir sebuah jentera yang membawa semangat perlumbaan terus ke jalan raya Golf GTI Sepang Edition. Diperkenalkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), model edisi khas ini bukan sekadar versi istimewa, tetapi satu penghormatan terhadap legasi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) nadi sukan permotoran negara.
Ini juga merupakan kolaborasi pertama seumpamanya antara Volkswagen dan SIC, menjadikan Golf GTI Sepang Edition simbol kebanggaan buat rakyat Malaysia. Dengan harga bermula RM262,990, model ini hadir bersama penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun, dan promosi eksklusif 10.10 , 0% kadar faedah pinjaman selama 10 bulan untuk 10 unit pertama yang didaftarkan.

Sejak sekian lama, litar Sepang menjadi lambang kelajuan dan ketepatan. Kini, semangat itu diterjemahkan ke dalam bentuk yang boleh anda pandu setiap hari. Golf GTI Sepang Edition mengekalkan DNA klasik GTI prestasi, ketangkasan dan keseronokan tetapi dengan sentuhan patriotik yang menjadikannya unik di dunia.

Model ini tampil dengan logo rasmi SIC dan pelbagai sentuhan khas yang menjadikannya edisi eksklusif termasuk rim aloi Richmond 18” matte grey, kemasan sporty sisi, cermin sisi hitam, spoiler hadapan dan belakang berwarna hitam, serta logo Sepang Edition yang memancarkan karakter sukan bermotor sejati.
Bahagian dalamnya turut menerima karpet lantai GTI, penutup injap GTI, dan plat asas Sepang Edition, melengkapkan aura “born for the track, built for the streets”.

“Bukan sekadar sebuah kereta; inilah semangat Sepang yang dijuruterakan ke dalam sebuah ikon,” ujar Renate Noessler, Pengarah Urusan VPCM. Menurut beliau, kolaborasi ini bukan sahaja meraikan warisan sukan permotoran Malaysia tetapi memberi peluang kepada peminat tempatan untuk memiliki sebahagian daripada legasi itu sendiri.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, turut menegaskan bahawa pelancaran ini menandakan “lembaran baharu dalam budaya sukan bermotor Malaysia,” sambil menghargai Volkswagen kerana membawa semangat SIC keluar dari litar ke jalanan.
Golf GTI Sepang Edition bukan sekadar tentang kelajuan, ia tentang emosi di sebalik stereng, identiti sukan permotoran Malaysia, dan pengalaman memandu yang tulen. Dengan warna pilihan Atlantic Blue dan King’s Red, serta ciri keselamatan tambahan seperti Perakam Trafik Universal 2.0 Sony Starvis, model ini menggabungkan estetika, teknologi dan jiwa GTI yang ikonik.

Untuk mereka yang sudah lama menantikan sebuah Volkswagen yang lahir dari semangat Sepang, inilah masa anda. Layari laman sesawang Volkswagen & tempah sekarang di mana-mana pengedar sah Volkswagen seluruh Malaysia sebelum 10 unit pertama terlepas!






