MOD KERETA VIRAL DI TIKTOK YANG BUAT MEKANIK MENANGIS

Dalam dunia mod kereta di Malaysia, ada dua jenis kaum yang kita akan jumpa. lagi-lagi mod kereta viral dekat TikTok:

  1. Kaum yang suka mod kereta untuk prestasi – biar berhabis asal laju.
  2. Kaum yang suka mod kereta hanya untuk TikTok – biar tak laju asal nampak ganas.

Dan kebelakangan ni, kaum yang kedua tu dilihat semakin ramai, mungkin sekadar suka-suka atau untuk kejar ‘views’ dan ‘like’ semata-mata.  Kalau daripada segi luaran mungkin nampak macam ganas, tapi sayangnya bukan semua mod tu disokong oleh logik atau praktikal..dan mungkin boleh buat mekanik menangis.

Jadi, jom kita tengok mod kereta yang sedang viral di TikTok Malaysia yang sudah pasti buat ramai mekanik atau pakar industri automotif garu kepala:

  • Spoiler Gergasi Sebesar Meja Makan.
Sumber imej: theflyingtyre.blogspot.com

Pernah tengok kereta dengan spoiler gergasi? Biasanya kereta saiz kecil yang suka buat mod jenis ni termasuk Myvi, Axia dan Bezza. Adakah untuk tambah kelajuan? Entahlah tapi yang pasti bila dalam kelajuan 50 km/j, angin pun akan keliru. “Aku ni nak tekan ke nak tolak?” Kalau di rumah, spoiler kereta macam ni ada banyak fungsi. Antaranya boleh jadi tempat untuk jemur kasut atau sidai kain..

  • Exhaust Bunyi Kuat Tapi Kuasa Kelaut.
Sumber imej: hotcars.com

Pernah tak di lebuh raya kita dengar bunyi kereta yang sangat kuat dari arah belakang? Tapi selepas beberapa lama kereta tu tak sampai-sampai lagi? Itu maksudnya exhaust kereta itu sahaja yang besar dan bunyi kuat, tapi kuasa kereta kelaut atau ayat senang ialah bunyi bising tapi pickup slow! Kalau ada orang datang ke mekanik dan tanya kenapa kereta dia berat, mungkin boleh periksa bahagian exhaust. Mungkin dia terlalu kreatif dan gunakan muffler hujung saiz baldi bersama lubang tebuk sendiri. Iyalah, DIY katakan..

  • Lampu LED Secerah Matahari – Silau Tolak Ke Tepi.
Sumber imej: thedrive.com

Kalau lihat kepada trend TikTok sekarang, ramai yang pasang lampu bawah kereta, LED dalam rim dan strobe dalam kabin. Lepas tu, buat video konvoi ramai-ramai di jalan raya yang sunyi ataupun di lebuh raya yang lengang. Jumlah ‘views’ dan ‘like’ tak payah cakap la. Memang banyak! Cuma masalah sekarang benda ni nampak cantik dalam video, tapi realitinya ia menyilaukan pengguna jalan raya lain, macam kereta berhias dan tunggu masa sahaja untuk abang JPJ hantar ‘surat cinta’.

  • Brake Caliper Cat Merah Guna Cat Air
Sumber imej: youtube.com

Entah apa yang merasuk geng-geng kereta yang nak sangat nampak macam Brembo tapi dengan bajet RM 3.50. Bukan sahaja cat yang digunakan tidak sesuai dan nampak murah, malah tindakan ini juga sangat bahaya sebab akan ada kemungkinan untuk cat meleleh – sebab tak sesuai dengan suhu, masuk disc brake atau turut menyebabkan brake pad jadi licin.  Kalau mekanik tengok, boleh tutup kedai sehari. Biar semua DIY selagi boleh!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *