Tips Mudah Untuk Menjaga Motosikal Anda

Pelik bukan kenapa ada motosikal yang boleh bertahan sehingga berbelas tahun malahan puluhan tahun pun ada. Tiada banyak masalah berat yang sering berlaku, ‘’overhaul” pun tidak pernah. Tapi ada motosikal baru pakai 2-3 tahun dah macam-macam ragam, sampai rasa nak tukar motor baru je! Rasa membazir sebab berhabis banyak sangat duit.

Semuanya terletak pada cara penjagaan kita sendiri. Tahukah anda ada beberapa bahagian yang harus diperiksa setiap kali sebelum memulakan perjalanan dan memastikan motosikal dan anda selamat ke destinasi. Berikut adalah antara cara-cara untuk menjaga motosikal anda supaya bertahan.

1. Tayar
Pastikan tekanan angin yang mencukupi mengikut bacaan yang tepat pada kedua-dua tayar anda. Pastikan juga tiada rekahan, jika terdapat rekahan, tayar haruslah ditukar dengan kadar segera terutama kepada penunggang yang selalu menggunakan motosikal pada jarak jauh atau suka menunggang laju.

2. Brek
Bahagian paling penting untuk keselamatan. Periksa tekanan brek depan dan belakang, malahan minyak brek serta brake pad. Servis sekurang-kurangnya 3-6 bulan bergantung kepada tahap penggunaan motosikal.

3. Minyak Enjin

Harus sentiasa diperiksa supaya mempunyai isipadu yang mencukupi. Ini penting untuk memastikan kelancaran dan ketahanan enjin yang lebih baik. Enjin tidak akan bermasalah sekiranya pertukaran minyak enjin dilakukan mengikut masa dan jarak kilometer yang bersesuaian. Anda juga boleh mendapatkan MOTORBIKE FORMULA daripada pautan ini https://www.x1rasia.com/product/small-engine-formula/ untuk penjagaan yang lebih maksima.

4. Bateri
Jangka hayat bateri yang dijaga dengan baik adalah di antara satu hingga dua tahun sahaja. Pastikan anda ingat bila kali terakhir anda menukarkan bateri.

5. Lampu
Pemeriksaan lampu depan, belakang dan signal serta lampu brek perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan. Ini amat penting terutama ketika menunggang di kawasan gelap atau malam, malahan ketika hujan.

6. Rantai motor
Semburkan rantai motor anda dengan penyembur rantai anti-karat bagi mengelakkan kekaratan dan rantai kering. Jika kering, ianya akan merosakkan sprocket dan boleh memutuskan rantai semasa dalam perjalanan anda.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *